RAYYAN NEW LIFE
5 JUNE 2019
Rayyan menarik bagasi memasuki perkarangan Kolej Tingkatan 6. Dia sudah nekad untuk memulakan hidup barunya disini. Di sebuah kolej yang hanya menempatkan pelajar seusianya. Rayyan sudah mula melupakan seorang insan bernama Adline Farhana. Nama itu perlahan-perlahan mula hilang di ingatannya. Tapi Rayyan masih tertanya kemana sepupu merangkap musuhnya sejak kecik itu menghilang. Selepas kejadian kemalangan langar lari , jasad Hana langsung tidak ditemui manakala Raykal hilang begitu sahaja.
"Selamat datang ke Kolej Tingkatan 6 Saphire " seoarang pelajar memakai blazer lengkap bersama kemeja beserta seluar slack hitam dan kasut kulit hitam menegur Rayyan yang masih termenung di pagar masuk.
"Eh, dekat mana dewan Jade?" soal Rayyan kepada pengawas lelaki yang memakai nametag Haziq Shazwan.
" Jalan terus lepastu jumpa 2 jalan ambik jalan ke kanan" jawab Haziq sambil memamndang Rayyan atas bawah .
"Terima kasih " Rayyan cepat melangkah pergi dari situ kerana tidak selesa dengan pandangan yang diberi pengawas lelaki itu. Dia mahu semua pelajar disini melayannya sama rata tidak seperti ketika di Golddes High School dulu. Dia tidak mahu perkara seperti dua tahun lepas berlaku lagi. Sudah cukup setahun dia mencari orang-orang yg terlibat dalam kes Hana tapi satu hasil pun tiada. Merata-rata dia menghantar orang kuat ayahnya serta mengupah penyiasat terkenal namun kes Hana seperti tiada kesudahan. Ibarat Adline Farhana tidak wujud dan kes itu tidak berlaku.
2 TAHUN SEBELUM
2017,
Rayyan duduk di muka pintu rumahnya sambil menunggu penyiasat yang diupahnya bagi menyelesaikan kes Hana. Rayyan berharap kekasih hatinya masih hidup dan mahu mengahwini Hana secepat mungkin. Hutang MKRZ Holding sudah diselesaikan oleh nenda Hana beberapa bulan lepas selepas mendapat tahu Dato Sri Eric cuba membeli saham syarikat MKRZ sepenuhnya.
Sebuah kereta myvi kuning memasuki perkarangan rumah Rayyan. Seorang lelaki memakai serba hitam keluar dari kereta berkenaan dengan sebuah file bewarna merah ditangan kirinya.
"Boss saya dapat jumpa ini je buat masa sekarang" katanya sambil menghulurkan file merah itu kepada Rayyan.
"Orang yang boss suruh cari ni pandai sangat mengelak. Dia sentiasa waspada dengan keadaan sekelilingnya. Orang-orang saya banyak dah cedera kena pukul dengan dia ni boss. Saya rasa sampai sini sahaja saya dapat tolong." katanya lagi. Rayyan terkedu dengan penjelasan penyiasat itu kali ini. Seperti sebelum ini segala kes yang pernah dilakukannya berjaya cuma kes Hana ini tiada penghujung.
Rayyan mengeluh kesal. Apa yang patut dia buat. Kalau masa operation dia tak menipu yang dia mati mesti Hana takkan lari seorang diri dari hospital. Mesti semua ini tak terjadi dan sekarang dia dengan Hana mesti dah bahagia menikmati kehidupan perkahwinan mereka.
"Tak pe la. Tugas kau dh selesai. Ini bayaran akhir untuk kau" Rayyan menyerahkan sampul beriisi duit kepada lelaki itu. Rayyan masuk ke biliknya. File merah itu dicampak ke lantai. Dia penat .
" Hana mana kau. Aku rindu kau sangat" katanya perlahan. Air matanya mengalir. Di tangannya terdapat polaroid dia bersama Hana. Tersenyum gembira di taman tema.
Hai guys ,
azwa baca comment korang suruh update cerita ni tapi azwa take time untuk betul2 consisten update balik and sekarang baru azwa betul2 dapat update by week. Start hari ni korang boleh baca cerita ini setiap hari Rabu and Sabtu . Azwa minta maaf sangat dekat reader semua. Harap korang still support both story Golddes ini.
Enjoy story :)
-azwa-
YOU ARE READING
GHS SERIES 2 | GOLDDES LIFE AFTER
Teen FictionSelepas kehilangan Hana yang tiada kesudahan, masing-masing membawa haluan sendiri. Tiada satu antara mereka yg menegur. Mereka membuat perjanjian tiada persahabatan seperti dulu. Semua mesti berpecah dan membuat hal sendiri. Rayyan membawa diri ja...