Fahan yang sedang menunggu giliran di MacDonald itu tersenyum sendiri apabila teringatkan panggilan telefon dari Fawwaz tadi.
Flashback
"Weh Ir nanti kau singgah la mana-mana beli something yang hot. Adik aku tu memang anti sejuk, aku rasa dah cukup lama dia terdedah dengan hujan at least buat sesuatu yang boleh hangat kan dia"
"Buat sesuatu yang boleh hangat kan dia?" soal dia kembali. Macam pelik je bunyi nya.
"IRR FARHANNNN" terkejut dia apabila mendengar jeritan Fayyad itu tadi.
"Tak maksud aku cari bukan buat halah kau ni" ujar Fawwaz."Hahaha aku faham la, cuma ayat kau tu je yang buat aku faham benda lain"
"Kau faham apa!! Kau balik sekarang Irrr" amuk Fayyad.
"Chil la Yyad, setakat one hug tu dah mantap dah kalau hujan-hujan macam ni" usiknya. Dia suka sangat kalau Fayyad ni marah, rawrr comel.
"IRR FARHAANN BIN MUHAMADD IRHAMM"
Kemudian dia mematikan panggilan, lama-lama dengar Fayyad menjerit mau pekak telinga dia.
End Flashback
Selepas mengambil makanan yang di pesannya tadi dia terus ke kolej adik Ayyad dan Awwaz atau lebih selesa dipanggil Ayma nak manja lagi kita panggil Ay je, hohoho.
Sampai di kolej Ayma dia masuk ke dalam perkarangan kolej tersebut dan dia menjumpai Ayma.
Dia melihat Ayma sedang berteduh di sebuah pondok berdekatan dengan pondok pengawal bersama dengan seorang lelaki. Dia melihat Ayma yang sedang memeluk tubuh seperti menahan kesejukkan itu lantas dia mengambil payung dan pergi mendekati Ayma.
"Ayma Ayleen" panggil dia.
-Ayma pov-
Dia yang kesejukkan itu mengharapkan hujan akan berhenti dengan cepat tapi sayang, hujan lebat itu turun mencurah-curah seperti ingin banjirkan kolejnya. Dia tersekat dalam hujan lebat ini bersama Mikael, kata Mikael kakaknya otw tapi dah lebih 15 minit bayang kakaknya tetap tak kelihatan.
Dalam kesejukkannya itu, dia terkejut apabila ada seseorang memanggil namanya. Dia mengangkat kepala dan melihat ke arah gerangan yang memanggilnya itu.
Shock
Dia terkejut apabila melihat rakan abangnya yang hari tu ada dihadapannya sekarang ini.
Kenapa dia ada dekat sini? Cari siapa? Mika ke? Eh tapi tadikan dia panggil nama aku?
Otaknya terlampau sejuk sehinggakan tidak boleh berfikir dengan betul.
"Ayma Ayleen adik Awwaz dengan Ayyad kan?" tanya lelaki itu.
"Haah, ye saya?" jawab dia ragu-ragu.
"Saya kawan abang awak, Farhan. Saya ada datang rumah awak hari tu" ujar lelaki itu yang mengharapkan dia untuk ingat kembali peristiwa semasa dia ditenung hari tu, ya memang dia ingat dan tak akan lupa peristiwa itu.
"Ah ye, kenapa ya?"
"Abang awak suruh saya hantar awak balik ke rumah, sebab hujan ni kan kata dia grab memang payah nak dapat masa ni" terang lelaki itu. Dia berasa pelik, kalau dulu umi selalu pesan kalau orang ajak jangan pergi tapi itu masa dia kecil-kecil tapi ni dah besar gajah ada ke orang nak culik guna skill macam ni siap intro bagai.
"Kenapa abang saya tak datang sendiri?" tanya dia ingin kepastian.
"Abang awak ada meeting penting jadi dia wakilkan saya. Diorang takut awak demam lagipun awak anti sejukkan"
YOU ARE READING
AYMA AYLEEN
Short Story📌𝑆𝑙𝑜𝑤𝑈𝑝𝑑𝑎𝑡𝑒📌 ⇨𝕓𝕝𝕦𝕣𝕓⇦ Ayma Ayleen Seorang gadis yang terpaksa mengorbankan masa depannya demi orang lain. Walaupun semuanya berlaku secara tiba-tiba, bolehkah si gadis menyesuaikan dirinya dan bolehkah dia menggalas tanggungjawab ya...