One day before D-day
"Anna you tak nak join ke runaway malam ni?" tanya rakan modeling Avianna. Dia terdiam memikirkan perkhawinan nya esok. Mommy nya dah pesan balik awal tidur dekat rumah. Tapi masalahnya sekarang dia kena join runaway untuk malam ni, kalau dia tak join terlepas la peluang dia untuk famous.
Tah la kawan dia ni asyik memaksa je. Sorang pun dia tidak memberitahu kepada rakannya itu bahawa dia akan berkhawin esok. Cincin tunang pun dia tak pakai sebab takut bercampur dengan accessories nya yang lain.
"Avi cepat la decide" paksa rakannya itu.
"Ye ye lah jom"
"Ha macam tu la kawan i, jom turun Harry dah tunggu dah dekat bawah tu"
***
2:00 A.M.
Selepas selesai berkemas untuk runaway tadi dia berasa penat dan ingin terus pulang ke apartment dia.
"Baby you nak balik apartment you ke?" tanya Harry.
"Emm yah, i penat sangat"
"Jom i hantar you balik" ujar Harry. Dia tersenyum apabila melihat Avianna hanya mengikut saja kata-kata dia. Plan mereka akan berjaya dalam beberapa jam je lagi.
"Harry esok i cuti ya, i ada hal keluarga" kata Avianna dengan mata yang masih terpejam.
"Ok"
Sampai sahaja dirumah Harry membawa masuk barang-barang kekasihnya itu. Sementara Avianna sedang mandi di dalam biliknya, dia memulakan rancangannya dengan membancuh beberapa biji ubat tidur dengan air panas supaya dia cepat larut. Kemudian dia campurkan dengan air sejuk.
Semasa dia ingin meletakkan mug di dalam bilik Avianna dia lihat Avianna masih mandi.
"Baby i balik dulu ye, barang-barang you ada dekat luar" laung Harry dari luar.
"Ye, bye" balas Avianna. Harry pun pulang, nanti subuh-subuh dia sudah kena datang untuk melihat hasilnya.
***
"Adik takut ke?" tanya Fayyad yang pada masa itu mereka baru selesai solat subuh berjemaah.
"Sikit" jawab dia.
"Sokey la, nak takut apanya nanti malam adik minta la tidur dengan Emma dengan Maya" ujar Fawwaz.
"Dia bagi ke?"
"Ala adik buat suara manja sikit bagi la dia nanti" kata Fawwaz.
"Bagi sikit je dik kalau bagi banyak dia sting nanti" ujar Fayyad lalu bangun dan lari dari situ sebelum dia kena bedal dengan umi.
"Hahaha tak payah layan dia tu kotor je"
"Alah dik tak payah risau, Awwaz tu dah pesan dekat Farhan. Dia kata jangan cuba-cuba nak buat projek dengan adik selagi adik tak graduate"
"UMIII"
"Tu bukan Awwaz tu, dia yang cakap" balas baba.
"Haah ba dia yang cakap dengan Ir dekat office tadi"
"Habis Han cakap apa?"
"Dia kata la dia pun tak akan paksa adik selagi adik tak minta"
"HAHAHA, baba bayang la nak tunggu adik minta mau tak dapat cucu baba nanti" gelak Fayyad.
"APA ABANG AYYAD NI, KOTOR LAA"
"Eleh kotor, nanti adik tengoklah first night adik dengan dia nanti. Badan dia not bad tau, makan banyak mana six-pack tetap tak hilang"
YOU ARE READING
AYMA AYLEEN
Short Story📌𝑆𝑙𝑜𝑤𝑈𝑝𝑑𝑎𝑡𝑒📌 ⇨𝕓𝕝𝕦𝕣𝕓⇦ Ayma Ayleen Seorang gadis yang terpaksa mengorbankan masa depannya demi orang lain. Walaupun semuanya berlaku secara tiba-tiba, bolehkah si gadis menyesuaikan dirinya dan bolehkah dia menggalas tanggungjawab ya...