"Assalamualaikum umi"
"Waalaikumsalam, baba anak-anak kita dah balik" Puan Rafidah memanggil suaminya.
Ayma, Fawwaz, Fayyad dan Farhan masuk ke rumah selepas beberapa jam mereka mendarat tadi.
"Umii" rengek Ayma sambil memeluk uminya.
"Ya sayang, penat ke?"
"Emm, pening" jawab dia.
"Dia tu pergi pening balik pun pening" kata Fayyad.
"Ye ke, ala kesiannya. Pergi naik bilik rehat, ajak Han sekali" kata uminya. Mata Ayma membulat, dia pandang suaminya yang sedang membawa barang-barangnya masuk itu.
"Tak apa la umi, Han balik rumah mama dulu hari ni nanti esok Han datang balik" ujar Farhan.
"La Han rehat la dekat sini"
"Tak apa la ba, esok je la" tolak Farhan lembut. "Abang balik dulu Ay" pamit Farhan.
Ayma mengangguk lalu melambaikan tangannya.
"Apa budak ni lambai tangan pula, pergi salam suami kamu tu" tolak uminya. Ayma pun ikut aje la cakap uminya itu.
Dia menyalam tangan abang Han.
"Bye" ujar Farhan.
"Emm bye" balas dia.
Selepas Farhan pergi dia terus naik ke atas untuk berehat.
***
"Ma, pelamin tu siapa yang cari?" soal Ayma semasa mereka sedang makan malam bersama.
"Mama Han"
"Pandai aunty Ita carikan" puji dia.
"Esok kamu masuk office ke Wwaz,Yyad?"
"Haah, esok masuk kejap lusa cuti balik" jawab Fawwaz.
"Kan baru balik, rehat la kejap"
"Mana boleh Ay, kena la tengok apa yang jadi masa abang tak ada baru ni. Nanti kalau jadi apa-apa susah pula"
"Hmmm"
Malam itu dia menolong uminya membungkus goodies. Selama dia menolong umi itu, matanya tidak lepas memandang pelamin yang cantik itu.
Akhirnya dia dapat juga pelamin idaman dia, soft purple.
Pelamin Ayma
"Adik" panggil Fayyad.
"Apa?"
"Nak tahu tak kenapa suami adik tak tidur dekat sini malam ni?"
"Kenapa?" tanya dia ingin tahu.
"Dia kata nak kumpulkan tenaga batin dia dua hari ni untuk adik" ujar Fayyad lalu lari dari situ.
"GILAA LA ABANG AYYAD NIII !!!"
YOU ARE READING
AYMA AYLEEN
Kurzgeschichten📌𝑆𝑙𝑜𝑤𝑈𝑝𝑑𝑎𝑡𝑒📌 ⇨𝕓𝕝𝕦𝕣𝕓⇦ Ayma Ayleen Seorang gadis yang terpaksa mengorbankan masa depannya demi orang lain. Walaupun semuanya berlaku secara tiba-tiba, bolehkah si gadis menyesuaikan dirinya dan bolehkah dia menggalas tanggungjawab ya...