"Hari ni nak makan apa?" Arif bertanya dari anjung dapur rumahnya. Dia memandang langsir dapur yang menutup pintu sliding lutsinar di dapur rumah Mawarti. Walaupun dia tak nampak Mawarti, tapi dia tahu Mawarti ada di situ sebab lampu dapur terbuka.
"Kenapa kau tanya aku? Tengoklah apa dalam peti ais kau." Balas Mawarti selamba. Dia membuka peti ais rumahnya kemudian ambil susu segar. Cornflakes dan biskut diambil dari kabinet atas.
"Kau makan apa?" Tanya Arif lagi.
"Biskut dengan cornflakes." Mawarti selak langsir rumahnya kemudian membuka pintu sliding. Gadis itu hanya memakai hoodie berwarna pink yang hanya menampakkan muka sahaja sebagai tudung. Dia berpeluk tubuh pandang Arif dengan kening terangkat. "Tak sejuk ke? Duduk luar."
Arif menggeleng. "Tak, okay je." Ini suhu biasa di Australia. "Kau sakit ke?"
"Tak." Mawarti juga menggeleng. "Tapi aku sejuk."
"Masuklah kalau macam tu." Suruh Arif. "Nak Jasmine tea?"
"Tak minum tea pagi-pagi. Gastrik." Dia tidak tutup pintu seperti yang disuruh Arif tapi hanya makan cornflakes yang dituang susu di anjung dapur, duduk di tangga belakang rumah sambil tengok kanggaru.
Arif hanya tergeleng kepala melihat perlakuan Mawarti. Dia turun dari tangga dapur rumahnya ke rumah Mawarti kemudian letakkan sepinggan sandwich di hadapan Mawarti yang duduk di lantai.
"Ingat aku kucing bagi makan dekat lantai?"
"Kau yang duduk lantai, salahkan orang." Arif kembali semula ke dapur rumahnya.
"Thanks." Ucap Mawarti perlahan.
"My pleasure, dear." Balas Arif.
"Don't call me dear."
"Okay darling."
"Call my name."
"My name."
"Arif!" Bengang Mawarti tengok Arif yang buat tak tahu makan pagi di anjung belakang rumah.
"Apa?" Arif tak faham.
"Whatever." Malas nak layan. Walaupun malas nak layan, dia tetap mencuri pandang Arif yang makan di meja luar rumah dengan penuh gaya. Napkin diletak pada leher dengan penuh cermat, sudu dan garfu digunakan untuk memotong sandwich dengan penuh teratur. Mawarti juling mata. "It's just a sandwich, eat it with your hands!"
"I want to eat with respect, I'm not a cat." Selamba Arif balas. Jus epal dipusingkan di dalam gelas dengan penuh gaya. "Bon appetit." Gelas diangkat ke arah Mawarti yang makan di lantai.
"Whatever." Cornflakes dimakan pantas sebelum cuaca jadi makin sejuk. Sandwich yang Arif bagi juga dimakan rakus.
"Tak ada sesiapa curi makanan kaulah." Tegur Arif melihat Mawarti yang makan begitu rakus.
"Tahu, tapi aku nak jimat masa."
"Jimat masa sekarang, tapi buang masa dekat tandas sebab sembelit."
"Orang tengah makan kan?" Mata Mawarti mengecil.
"Sorry," Arif menahan senyum. "Kau tahu apa Hermione cakap dekat Ron masa first time jumpa dekat kereta api?"
"Do you know you have dirt on your face?" Suara Hermione dengan loghat British yang pekat dimimik.
"Say that to yourself, Hermione." Savage Arif.
"Kenapa? Kalau aku makan comot kau hilang selera nak makan ke?"
"Sikitlah." Mata dikenyit.
"Jangan kenyit mata dekat aku, aku report abang aku." Mawarti memberi amaran tapi Arif langsung tidak membalas. Bila diperhatikan, mamat kekwat tu tengah tengok phone tak pandang dia langsung. Cis!
YOU ARE READING
Hello Neighbour (TERBIT PBAKL MAY 2023)
RomanceHidup di Victoria, Australia merupakan satu perkara yang sukar buat seorang perempuan. Tapi tidak bagi Mawarti, gadis introvert yang hanya keluar rumah 3 bulan sekali. Seorang penulis dan editor. Hobinya membaca, menulis dan menonton drama Korea. L...