"Kau tolong aku tau." Muka Mawarti merah padam menahan malu. Dia tak sangka dia akan meminta tolong daripada Arif tentang ini.
Tadi Mawarti tak sengaja buka Youtube, ternampak video Arif di bahagian recommendation, sedang berucap di TED talk. Mantap gila, kagum Mawarti yang melihat persembahan Arif tentang topik Social Engineering, bagaimana manusia berinteraksi. Kata-kata Arif juga bernas dan sangat kelakar. Dulu masa pertama kali Mawarti jumpa Arif, ingatkan Arif hanyalah seorang lelaki yang banyak cakap macam tin kosong. Tak sangka jiran sebelah rumahnya sendiri seorang yang sangat disegani dalam bidang Cybersecurity. Arif mengkaji perangai manusia dengan data dari pengguna social media. Apa yang pengguna suka buat dan tak suka buat, sampai setiap orang ada avatarnya tersendiri supaya mereka dapat memberikan iklan yang sesuai untuk orang yang tepat. Target market setiap orang itu berbeza berdasarkan citarasa. Sampai dijemput untuk berucap di rancangan terkenal itu. Tepuk tangan Mawarti ketika menonton video tersebut.
Dia meramas lengan baju panjangnya gelisah dengan kaki dikuis-kuis pada tanah. "Lusa program tu..." Kepala digaru. "Aku tak tahulah..."
Arif tersenyum geli hati. Badannya disandar pada pintu rumah memandang Mawarti yang kalut. Dia biar sahaja Mawarti berceloteh meluahkan perasaan risaunya. Dia suka bila dirinya terasa diperlukan, lagi-lagi dalam hidup Mawarti, seorang introvert, maksudnya Mawarti benar-benar percaya dengannya. Sekurang-kurangnya dia boleh melengkapi kekurangan gadis itu. "Mawarti," Panggilan Arif yang lembut buat Mawarti terdiam dengan mata yang bulat. Comel. "Come..." Arif menghalakan tangan ke halaman rumah, memberi laluan kepada Mawarti. "Walk with me."
"Hah?" Runsing Mawarti di situ. Dia tengah gelisah, diajak berjalan pula.
"Come," ajak Arif lagi. Mawarti akur dengan berjalan di atas track berjoging bersama Arif. "Manusia hanya akan betul-betul belajar bila dia mula nak buat, dia terpaksa buat, dia desperate nak buat benda tu." Arif tersenyum herot. "Aku suka pelajar yang desperate, sebab masa tu baru dia betul-betul nak belajar."
"Aku cuma nak kau tolong kali ini je, aku cuma nak minta tolong kau untuk survive satu talk ni je. Lepas tu aku tak buat dah."
"What if I can help you to talk, not only on the stage, but to all people, in all circumstances?" Kening terangkat. "You sure you only want to survive just this talk, not for the rest of your life?"
"I don't want to be extrovert. I hate people." Jelas kerutan pada wajah Mawarti menunjukkan betapa tak sukanya dia dengan manusia.
"Mawarti, kau tak perlu jadi ekstrovert untuk bercakap dengan manusia. Aku cuma nak tolong kau, supaya kau boleh bercakap dengan manusia, di waktu dan keadaan yang tepat, bila kau perlukan." Arif mengangkat kening dengan riak meyakinkan. "Boleh?"
Mawarti hanya mampu menggaru kepala. Tidak mampu menghalang. "Okey."
"So, kau buat sesi meet and greet tu macam mana? Dekat mana? Berapa orang?"
"Dekat bookcafe. Dekat situ ada podium kecil, untuk kugiran, tapi Benjamin akan letak dua kerusi untuk pengacara dan aku." Mawarti cuba mengingat ciri-ciri bookcafe di syarikat penerbitan. "Bolehlah muat dalam 20 ke 30 orang macam tu. Tapi ada orang duduk situ kadang saja duduk untuk minum air dan baca buku dekat tepi rak, bukan nak dengar aku bercakap pun." Mereka berdua berjalan berpusing mengelilingi kejiranan tersebut.
"Kau tak suka kan kalau masa kau tengah bercakap orang tu tak bagi perhatian walaupun kau tak sukakan perhatian manusia pun. Kau cuma nak suara kau diambil peduli, nak diingati, nak orang ambil tindakan terhadap kata-kata kau." Arif angkat bahu. "Benda yang paling mahal dalam dunia ni ialah perhatian manusia. Sebab tu orang sanggup buat kontroversi untuk tarik perhatian netizen. Zaman sekarang siapa yang dapat spotlight, dia yang paling kaya. Selalunya..." Dia tersenyum penuh makna.
YOU ARE READING
Hello Neighbour (TERBIT PBAKL MAY 2023)
Roman d'amourHidup di Victoria, Australia merupakan satu perkara yang sukar buat seorang perempuan. Tapi tidak bagi Mawarti, gadis introvert yang hanya keluar rumah 3 bulan sekali. Seorang penulis dan editor. Hobinya membaca, menulis dan menonton drama Korea. L...