Assalamualaikum, Angel baby. Abang dah selamat sampai ke rumah. Abang harap Angel boleh berehat dengan tenang. Jangan stress - stress. Abang akan pastikan semuanya berjalan dengan lancar. Bye. Xoxo - Suami Angel buing buing.
AKU tersenyum sebaik saja membalas mesej yang dihantarkan oleh Afwan. Ya Allah, comel betul bila aku baca mesej dia. Sungguh, mesej yang dihantar Afwan dulu dan sekarang tak pernah ada beza langsung.
Tapi, hugs and kisses?
Afwan gatal!
Waalaikumusalam. Angel tak stress. Angel relax je. Afwan pun janganlah tertekan. Angel ikut saja apa yang terbaik untuk kita - You.
Seusai membersihkan tubuh, aku terus saja membuka langkah menuju ke arah ruang tamu. Sengaja aku mahu melihat Aisyah belajar bersama - sama dua orang kawannya itu.
“Kak Angel tak berehat ke?” Soalnya dengan nada yang cukup prihatin.
Aku mengukirkan senyuman manis.
“Dah terlalu lama berehat. Kak Angel nak tengok Aisyah study dengan kawan - kawan. Dulu, Kak Angel pun suka belajar sama - sama sebab lebih mudah untuk hafal”. Tuturku seraya melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan dengan Aisyah.
Aisyah tersenyum.
“Kak Angel sambung belajar di mana?” Soal Baim.
“Tak sambung belajar. Kak Angel cuma duduk di rumah aje selepas habis SPM”. Balasku dengan nada yang cukup selamba.
“Tapi, Aisyah beritahu kami yang result Kak Angel cemerlang!” Pintas Fazhel pula.
Aku ketawa kecil.
Memanglah.
“Kak Angel tak minat nak belajarlah. Tapi, Aisyah, Fazhel dan Baim janganlah tiru perangai Kak Angel. Lepas habis SPM kena sambung belajar lagi - lagi yang lelaki sebab nanti Fazhel dan Baim nak berkahwin”. Terangku dengan lembut.
“Kahwin? Kak Angel sudi berkahwin dengan saya?” Soal Fazhel penuh berharap.
Pak!
Aisyah mengetuk kuat kepala Fazhel menggunakan kotak penselnya.
“Sakitlah, Aisyah!”
“Jangan mengurat Kak Angel. Bakal abang ipar aku lagi hensem dari kau tau! Dia charming. Kau tu goblin!” Bidas Aisyah dengan penuh yakin.
“Aku hensemlah!”
“Tak langsung!”
“Aku hensem. Jika tak kenapa kau suka usya aku lama - lama? Aku tahulah kau selalu terpesona dengan kekacakkan aku. Aku juga bangga dilahirkan menjadi seorang lelaki yang kacak”. Omel Fazhel dengan penuh bangga.
“Euw. Aku rasa nak muntah!” Aisyah menjulingkan mata ke atas.
Aku ketawa kecil melihat mereka berdua.
“Mereka memang begini, Kak Angel. Saya sentiasa mendoakan supaya suatu hari nanti Fazhel dan Aisyah disatukan”. Ujarnya dengan nada mendatar.
YOU ARE READING
AFWAN: Mine, Angel!
ChickLit"You're mine, Angel. I never let you down!" +++ FAKTA yang harus dihadapi oleh seorang Adhea Riana ialah dia cantik dan tak pernah sekali pun dia berbangga dengan perkara itu kerana kecantikkan itu ialah malapetaka baginya. Didengki. Dibenci. Dikhi...