MINGGU berganti minggu.
Tak sangka hari yang selama ini dihitungku telah pun tiba. Babah memilih untuk menikahkan kami di sebuah masjid. Aku telah pun menjadi isteri Afwan sementelah berminggu - minggu babah dan dibu membuat persiapan bersama - sama Afwan.
Sejujurnya, aku sangat - sangat bersyukur.
“Angel baby…”
Aku mengangkat wajah memandang Afwan yang menyeru namaku.
“Kenapa ni? Angel tak suka jadi isteri abang ke?” Soalnya dengan nada yang cukup lembut.
Aku menggeleng perlahan.
Aku mencapai tangan Afwan lalu aku mencium lembut tangannya bitu. Afwan juga membalas ciuman aku dengan melekapkan bibirnya itu pada dahiku.
Aku tersenyum.
Selesa.
Sentuhan Afwan sangat hangat.
“Terima kasih sebab sudi ambil Angel jadi isteri abang walaupun Angel ni dah tak suci lagi…”
“Taklah. Abang yang patut ucapkan terima kasih sebab Angel baby sudi memilih abang sebagai suami. Angel dan abang sama - sama bertuah sebab kita ni saling memiliki dan dimiliki. Lagipun, Angel ialah bunga yang indah selalu diimpikan abang sejak dulu”. Tuturnya sambil mengusap lembut pipiku.
Aku tersenyum.
Aku juga sentiasa mengimpikan untuk menjadi isterinya. Kini, hajat kami berdua sama - sama tercapai.
“Tentang walid tu…” Aku memulakan bicara.
“Angel janganlah risau tentang walid. Kita buat saja macam apa yang dirancangkan. Walid mungkin tak suka kita berdua bersama - sama sebab dia nampak bayangan masa lampau. Tapi, jika kita berdua ada anak. Tentu saja walid akan lembut hati. Abang berani jamin pada Angel”. Ujar Afwan dengan penuh semangat.
Aku mengemam bibir.
“Sekarang, abang nak tuntut janji Angel”.
Aku terkebil - kebil.
Janji apa pula yang aku dah buat dengan dia selain daripada menjadi isteri dia?
“Angel janji dengan abang yang Angel nak panggil abang ni dengan gelaran abang”. Tuturnya seraya menyentuh lembut hidungku.
“Ab-abang…”
“Kuatlah sikit. Abang tak dengar pun suara Angel”. Sengaja dia mahu mengusikku.
“Abang”.
Afwan ketawa kecil.
“Comelnya Angel baby. Tiba - tiba rasa nak ajak Angel mandi dengan abang pula”. Tutur Afwan dengan senyuman yang cukup nakal membuatkan liur yang ditelanku terasa kelat.
Af-Afwan ni gatal.
Dia merapatkan wajah kami berdua seolah - olah dia mahu menciumku.
Sudah semestinya aku mengelak dengan pantas.
Afwan ketawa kecil.
“Abang tahu Angel masih belum bersedia. Tak apa. Angel pergilah mandi dulu. Abang akan tunggu Angel di sini”. Cadang Afwan dengan lembut.
YOU ARE READING
AFWAN: Mine, Angel!
Chick-Lit"You're mine, Angel. I never let you down!" +++ FAKTA yang harus dihadapi oleh seorang Adhea Riana ialah dia cantik dan tak pernah sekali pun dia berbangga dengan perkara itu kerana kecantikkan itu ialah malapetaka baginya. Didengki. Dibenci. Dikhi...