KAMI tiba di rumah babah dan dibu.
Nafas dihela perlahan - lahan lalu kami berdua masuk ke dalam rumah bersama - sama. Afwan menggenggam erat tanganku membuatkan aku semakin yakin untuk memberitahu perihal ini pada keluargaku.
“Angel dah balik!” Tubuhku terus dipeluk dibu dengan gembira.
Afwan menyalam babah.
Dibu meleraikan pelukannya. Kedua - dua pipiku ditekup dengan penuh kasih sebelum dahiku dicium.
Aku menguntumkan senyuman.
Dibu…
“Selamat pulang, Angel”. Sapa babah lembut.
“Mana Abang Rizq dan yang lain?” Soalku sambil menatap wajah babah.
“Keluar dengan Rizq”. Balas babah sambil mengelus pipiku dengan lembut.
“Babah, dibu. Kami datang sini sebab kami bawa kejutan”. Afwan memulakan bicaranya dengan sungguh gembira.
“Kejutan apa tu?” Soal dibu ingin tahu.
Babah juga keliru.
Aku mencapai tangan kanan babah dan dibu lalu kedua - dua tangan mereka itu diciumku.
“Babah… dibu. Terima kasih sebab pilihkan Afwan untuk Angel. Angel sangat - sangat bahagia. Kejutan ini juga sebab babah dan dibu yang jodohkan Angel dan Afwan”. Aku berjeda seketika.
Bibirku diketap.
Mereka berdua hanya kaku melihatku. Aku tahu mereka masih menunggu apa yang aku mahu katakan.
“Angel dah mengandung”. Kata - kataku membuatkan dibu melopong.
Babah terundur ke belakang perlahan - lahan lalu dia terduduk di atas lantai.
“Ba-babah okey?” Soal Afwan dengan nada prihatin.
“Ba-babah okey”. Balas babah perlahan. Babah menundukkan wajah lalu bahunya mula terhinjut - hinjut.
“Babah menangis ke?” Soalku dengan lembut.
“Ma-mana ada. Ma-mata babah masuk habuk je”. Nafi babah dengan pantas sambil menyeka matanya.
Aku ketawa kecil.
“Awww babah. Terima kasih”. Tubuh babah terus dipelukku dengan spontan.
Babah membalas pelukanku.
“Hiks! Angellll!” Babah terus saja menangis kuat pada bahuku. Wajahnya disembam pada bahu aku. Terhinjut - hinjut bahunya kerana menangis.
Ya Allah babah.
“Te-terima kasih sebab bahagia, Angel. Babah bersyukur. Babah dah gagal jaga Angel dengan baik sekurang - kurangnya bila Angel berkahwin dengan Afwan semuanya akan jadi lebih baik. Babah tahu pilihan babah tak salah. Afwan memang yang terbaik”. Tutur babah bersama - sama tangisan.
Comel betul babah aku.
“Terima kasih sebab gembira, Angel. Dibu pun bersyukur”. Tutur dibu sambil menyentuh rambutku dengan lembut.
Aku menguntumkan senyuman pada dibu.
“Sama - sama dibu”. Balasku dengan tenang.
“Huwaaa! Babah happy sangat sampai babah tak tahu nak cakap apa!” Babah menekup pipiku lalu bibirnya menyinggah berkali - kali pada dahiku.
Aku ketawa.
Afwan memerhatikanku bersama - sama senyuman.
“Afwan jomlah kita ke dapur dulu. Dibu ada banyak perkara nak tanya pada Afwan”. Ujar dibu seraya menggamit Afwan mengikutinya.
“Angel…”
Aku memandang babah.
“Babah minta maaf sebab babah punca walid benci Angel. Babah tak sepatutnya merosakkan kepercayaan dia sebagai seorang kawan baik. Babah yang berdosa bukan Angel…” Gumam babah dengan rasa serba salah.
“Tak apa babah. Angel akan berusaha untuk mengambil hati walid. Selagi Afwan ada dengan Angel semuanya akan baik - baik saja. Babah janganlah risau. Angel sekarang dah kuat tau!” Kataku dengan senyuman manis.
Babah mengelus pipiku dengan lembut.
“Angel memang macam dibu. Cantik dan berani”. Puji babah sambil mengusap rambut.
Aku ketawa kecil.
“Angel pun cantik sebab babah”.
“Good girl”. Puji babah dengan senyuman bangga.
Aku tersenyum.
Semuanya disebabkan dibu dan babah.
Babah dan dibu pencorak hidup Angel.
YOU ARE READING
AFWAN: Mine, Angel!
Chick-Lit"You're mine, Angel. I never let you down!" +++ FAKTA yang harus dihadapi oleh seorang Adhea Riana ialah dia cantik dan tak pernah sekali pun dia berbangga dengan perkara itu kerana kecantikkan itu ialah malapetaka baginya. Didengki. Dibenci. Dikhi...