SEUMUR hidup aku inilah pertama kali untuk aku bekerja. Ya, aku memang teruja sangat - sangat kerana aku bakal merasai bagaimana rasanya mencari duit sendiri.
Afwan menghantar aku ke kafe ini disebabkan hari ini hari pertama aku bekerja. Aku sudah memakai pakaian rasmi kafe ini.
Argh, seronok!
“Selamat datang, Angel!” Sapa seorang lelaki yang kelihatan sebaya dengan Afwan. Aku rasa lelaki ini ialah abang kepada Baim kerana seraut wajahnya hampir sama saja seperti Baim.
“Nama aku, Baihaqi. Panggil saja, Haq. Ini isteri aku. Naurah”. Haq memperkenalkan isterinya pada aku. Naurah menunduk bersama - sama senyuman manis.
“Ini isteri aku”. Afwan memeluk erat pinggangku.
“Cantik. Sejuk mata memandang”. Pujian Naurah membuatkan pipiku menghangat.
“Terima kasih. Awak pun cantik juga”. Balasku segan.
“Inilah Angel. Aku tak sangka kau dapat berkahwin dengan dia. Aku rasa dari dulu kau-”.
“Okey, stop pasal kisah lalu. Naurah. Kau tolong bagitahu Angel apa yang dia perlu buat. Boleh bagi kerja yang senang tak? Isteri aku ni tak pandai buat urusan dapur”. Kata Afwan sambil menolak aku pada Naura.
“Jangan risau”. Balas Naurah seraya menarik tanganku.
Aku memandang Afwan yang berbual dengan Haq.
Apa yang Haq nak katakan tadi sampaikan Afwan lebih pantas memotong? Sesuatu yang teruk ke?
Takkanlah kan?
“Awak boleh bekerja sebagai barista? Tak susah pun. Hanya buat minuman saja”. Tutur Naurah sambil memandangku.
“Boleh”. Balasku sambil mengangguk.
“Hai, si cantik. Nama aku, Noah”. Sapa lelaki itu dengan nada ceria.
Aku terkebil - kebil.
“Noah, ini Angel. Dia akan jadi partner kau mulai sekarang. Jangan buat pasal nak umpan dia pula. Dia ni isteri Afwan”. Pesan Naurah dengan wajah serius. Secara automatik senyuman menggoda Noah terus saja menghilang.
Aku memandang Noah yang mengangguk.
“Awak belajarlah apa yang patut dengan Noah. Selamat bekerja”. Ucap Naurah seraya berlalu meninggalkan kami berdua.
“Angel. Jomlah aku ajar kau buat kerja”. Gamit Noah dengan serius.
Aku keliru.
Ada masalah ke dengan Afwan?
+++
SERONOK juga bekerja.
Aku dapat memahami cara dengan pantas kerana Noah merupakan guru yang menerangkan segalanya dengan jelas.
“Angel baby…” Aku memandang Afwan yang datang ke arahku.
“Kenapa abang?”
“Abang nak balik dulu lah. Abang nak siapkan tugasan. Esok abang dah start semula kerja. Angel boleh survive atau Angel nak balik?” Soalnya dengan lembut sambil dia menatap seraut wajahku.
YOU ARE READING
AFWAN: Mine, Angel!
ChickLit"You're mine, Angel. I never let you down!" +++ FAKTA yang harus dihadapi oleh seorang Adhea Riana ialah dia cantik dan tak pernah sekali pun dia berbangga dengan perkara itu kerana kecantikkan itu ialah malapetaka baginya. Didengki. Dibenci. Dikhi...