“ABANG malulah nak balik rumah babah dan dibu dengan keadaan macam ini”. Afwan memulakan rungutannya apabila aku memberitahu bahawa kami akan tinggal di rumah babah dan dibu buat sementara waktu.
Aku boleh aje menjaga Afwan di rumah sendirian tapi babah pula yang risaukan aku. Babah kata dia akan rasa lebih berdosa jika membiarkan aku tinggal sendirian dan selepas itu aku menghadapi pelbagai masalah.
Aku ikutkan saja kemahuan babah untuk tinggal di rumah babah.
Aku lebih suka kerana rumah itu lebih riuh dengan adik - adik aku.
“Babah yang ajak kita tinggal sana. Babah boleh tolong Angel tengokkan abang sama. Angel pun taklah takut tinggal sendiri kat rumah. Nanti jika ada apa - apa berlaku susah kalau kita tinggal berdua aje. Abang faham kan?” Soalku dengan lembut.
Rambutnya disisirku dengan rapi.
Suami aku ni hensem.
“Tapi, babah tak kisah ke dapat menantu ca-”. Bicara Afwan mati apabila aku menekup geram kedua - dua pipi tembamnya.
“Jangan biasa sangat nak menggelarkan diri tu cacat. Kata - kata kan satu doa? Abang cakap aje abang boleh sembuh setiap hari. InsyaAllah abang akan sembuh tak lama lagi. Satu lagi, babah dan dibu tak kisah walau macam mana pun keadaan abang sebab abang tetap menantu kesayangan mereka. Kebaikan abang dan diri abang tak pernah berubah sekalipun abang tak mampu bergerak. Itu aje yang babah mahu pandang”. Tegasku.
“Malunya abang. Babah sayang sangat pada abang tapi walid pula yang bencikan Angel”. Tuturnya perlahan.
Afwan mengukirkan senyuman hambar.
“Abang janganlah sedih. Angel tahu suatu hari nanti walid akan ikhlas menerima Angel sebagai menantu”. Pujukku.
“Abang harap begitu”. Balasnya.
“Sakit lagi?” Soalku dengan lembut.
“Abang kuat”. Balasnya santai sambil sepasang matanya itu menatap seraut wajahku.
“Kenapa? Comot ke?” Aku mengesat hujung bibir.
Manalah tahu aku comot sebab makan roti tadi.
Aku lapar sangat.
“Taklah. Angel ni cantik. Hari - hari tengok pun abang takkan pernah jemu untuk melihat. Tiba - tiba abang cemburu sebab abang tak boleh melindungi Angel sama seperti selalu. Ini semua sebab abang kemalangan. Abang takut sangat kalau lelaki lain cuba nak rampas Angel dari abang. Ab-abang tak mampu nak buat apa - apa”. Afwan mula menggogoi sayu.
“Abang…” Berat rasa didada apabila aku melihat tangisan Afwan.
Afwan mesti rasa rendah diri lagi.
“Abang janganlah takut. Angel takkan pandang mana - mana lelaki selain abang sebab Angel hanyalah milik abang seorang. Abang juga hanya milik Angel sebab Angel tak mahu berkongsi abang dengan perempuan lain. Faham?” Soalku sambil menatap wajahnya.
YOU ARE READING
AFWAN: Mine, Angel!
ChickLit"You're mine, Angel. I never let you down!" +++ FAKTA yang harus dihadapi oleh seorang Adhea Riana ialah dia cantik dan tak pernah sekali pun dia berbangga dengan perkara itu kerana kecantikkan itu ialah malapetaka baginya. Didengki. Dibenci. Dikhi...