Kepalaku terpusing-pusing kebelakang mencari kelibat seseorang sambil tangan kananku kuletakkan ketepi dalam jarak 15 cm. untuk membolehkan seseorang itu menyelit di situ nanti. Sesi penyampaian tazkirah yang dilaksanakan dihadapanku juga tidak lagi aku fokus. Mataku juga meliar kekiri dan kanan. Aku sedar orang disebelahku yang cuba untuk menumpukan perhatian terhadap tazkirah yang disampaikan berasa sedikit terganggu.
.
Aku tidak peduli. Apa yang aku fikir sekarang, aku perlu mencari kelibat 'seseorang' itu, kerana dia orang yang penting buat aku.
.
Hampir 5 minit juga aku tercari-cari akan dirinya, dan aku mulai putus asa. "Aah, biaqlah. Sapa suruh mai lewat sangat." Getus hati kecilku. Tangan kanan yang aku letakkan disisi tadi mulai aku angkat semula untuk memegang buku. Ketika aku cuba untuk menulis intipati yang aku dapat dari sesei tazkirah, aku merasa satu cuitan di belakang aku. Lalu aku toleh. Kelihatan Farihah sedang tersengih melihatku.
.
"Yen, ni ada orang pass surat kat hang." Katanya lagi.Surat itu aku ambil dan aku baca perlahan. " Yen, dah maghrib?" Aku tenung intipati surat itu lagi. Sah! Ni mesti kerja si Esha tu. Terus aku toleh kebelakang dan terlihat si Esha sedang tersengih-sengih sambil buat simbol peace pada aku. Aku tertawa perlahan. Dialah seseorang yang aku cari sejak tadi. Seseorang yang aku gelar sahabat.
"Ishh, duduk jarak sejengkal pun nak main surat-surat!" Sanggahku, tetapi terus juga aku capai pensel untuk membalasnya. Setahu aku, semua penduduk asputeri dah tahu perangai aku dengan Esha. Dua-dua orang childish dan tak berapa matang. Tapi bukan selalulah, ada masa-masanya. Sememangnya kalau kami bergabung buat perangai, boleh pecah perut sekalian asputeri dengan perangai kami. Done masuk bakul angkat sendiri. Hihihi
Aku balas semula surat tersebut. " Mestilah dah!" Surat itu aku pass semula kepada Fariha tanpa aku menoleh lagi kebelakang. Haish, sepatutnya orang fokus tazkirah, tapi si Esha ni ajak main surat-surat pulak. Terpaksalah aku layan sengal dia tu. Tapi dalam sengal tu, aku kagum sangat dengan Esha. Dia banyak sangat ajar aku erti persahabatan. Walaupun kekadang mungkin akan rasa geli-geli-- aku dengan Esha memang geli dengan 'friendship love', tapi aku happy sangat sebab bila bersahabat kami hanya perlu jadi diri masing-masing.
.
Sebenarnya bukanlah intipati surat yang aku ingin kongsikan, tetapi aku cuma ingin berkongsi rasa manisnya sebuah persahabatan semenjak aku menjadi pelajar asputeri. Aku bersyukur sangat kerana aku berpeluang untuk merasakan keindahan persahabatan sebegini walaupun tidak lama. (5 tahun ja kan duduk asrama)
"Benarlah, Allah tak akan susun pertemuan kita itu saja-saja. Mungkin ada yang sekadar hadir sebagai persinggahan. Namun mereka itulah yang akan menjadikan kita lebih kuat pada masa hadapan."
Semakin meningkat dewasa, mungkin kita akan semakin renggang kerana tanggungjawab dan tugas masing-masing. Tapi tak sepatutnya persahabatan ini hanya dikira dengan kerapnya kita membalas mesej atau bertelefon. Kerana itu tidak adil buat mereka yang mempunyai tanggungjawab yang lain.
Cukuplah sekadar aku, kamu dan dia tahu, bahawa kita selalu ada untuk dia. Cari aku.
be happy.
*Update daripada blog + edited*
Jun lima, dua puluh dua puluh satu
jam 2210
H.G
YOU ARE READING
ramble jot
Randomramble /ˈramb(ə)l )/ talk or write at length in a confused or inconsequential way. . Tap tap tap tap tap. the onomatopoeia when i start writing using my laptops. i write about my thoughts, about feelings, about something or anything that can be fee...