hana

10 0 0
                                    

Bleep.

Jam digital itu aku set kan ke pukul 6 pagi.

Helaian pertama kuselak,

"Once upon a time......."

"Ibu, kenapa fairytale selalu bermula dengan once upon a time?"

"Ibu rasa..."

Bleep. Jam tadi masih berbunyi.

".... mungkin sebab ceritanya ...."

Bleep. Berbunyi lagi.

".....indah-indah belaka."

Bleep. Tuuutt. Aku ambil jam tersebut lalu aku setkan dan letakkan semula di atas meja kecil di tepi katil itu.

"Indah? Selain indah ibu?"

" Maybe because of some sort of love stories?"

Keningku jongketkan sedikit padanya untuk memintakan kepastian. Tetapi dia tak memandangku.

LOVE. That's the word. The most magical word.

"They use the phrase to symbolise their way of telling about love. Ibu guess."

"Their way....." Dia berkata sambil mengangguk perlahan.

"Aha." Aku mengiakan. Juga perlahan.

"Ibu, do you really love me?"

Aku berpaling. Sudden question.

Agak terkejut mendengar soalan sebegini daripada mulut si kecil mungil ini.

"Yes, of course ibu love you sangat-sangat, sayang."

Muka anak kecil itu, kelihatan agak ragu-ragu. Tangannya menguis-nguis pada hujung bajunya sambil kepala yang tertunduk. Mungkin tidak percaya barangkali.

Mungkin disebabkan peristiwa semalam dimana aku telah memarahinya kerana menghabiskan bekalan coklatku. Tapi itu bukan point utamanya, aku marah kerana dia makan tetapi tidak berus gigi selepas itu. Kalau gigi tu rosak kang macam mana?

Apakah si kecil ini fikir amarah seseorang itu sentiasa kerana benci atau tak cinta?

"Sayang, do you want to know something?"

Aku cuba menarik perhatiannya. Dia mengangkat kepala.

"Yes, ibu."

Aku tersenyum melihat reaksinya.

"I told Him everyday about you, sayang ibu."

Mukanya kehairanan.

"Him? Ayah ke ibu?"

Aku tergelak perlahan lalu pipinya kucuit.

"Bukanlah, sayang. Him. Allah."

Si kecil itu mengangguk-angguk perlahan. Lalu kusambung lagi.

"How can you tell me that I dont love you when I already started to love you even when you are still not here."

Mukanya agak kebingungan.

"Everyday, I pray to Him...."

Sambil badan aku pusingkan untuk menghadapnya dengan lebih selesa. Sambil tangan kutadahkan pada yang Maha Esa,

"......Ya Allah, please let me know how that feels to become a mother. How that feels to have someone that will resemble you or your partner."

Dia mengangguk.

"How that feels to become a great parents."

Dia mengangguk lagi.

"How that feels to have someone yang so cute and always curi-curi makan coklat malam-malam."

"kekekekekek...." Dia mula mengekek perlahan lalu perut itu kugeletek.

"That's my way of loving someone." Bisikku kepada dia.

Dia mengangguk lagi buat keberapa kali yang aku sendiri tak pasti. Gelagat yang saban hari aku rindu.

"Ibu love you so much sayang. I told Him everyday about you. I ask Him everything for you." Ujarku ringkas. Ubun-ubunnya kukucup perlahan lalu dia kupeluk sehingga tiada lagi rongga udara yang dapat menembusi pelukan kami.

"AaArk, Aark baik ibu. I believe you. I love you too, Ibu."

Aku tersenyum. Bahagia.

Siapa sangka ucapan dari anak kecil yang begitu tulus itu membuatkan hatiku berasa lega. Hilang segala bebanan kerja yang kutanggung di sekolah tadi.

Bahagia rasa hati dengan kehadirannya yang umpama mentari. Menyinari hidup kami suami isteri.

"Tapi ibu......" Meleret suaranya. Manja.

"Ya sayang."

"Hana lemaslah ibu. Boleh longgarkan sedikit pelukan ibu yang macam raksasa dari marikh ni? Hana rasa macam kena penyet macam lempeng salai."

Aku tertawa. Walaupun comel dan petah berkata-kata tetapi Hana ni memang pandai mengusik. Turun temurun dari ayahnya aku rasa.

"Haaaaaa, ni dah kenapa ketawa-ketawa tak ajak ayah ni. Ala mana aci."

Terkejut kami berdua dengan sergahan dari belakang pintu itu. Ku toleh ke belakang, suamiku tersenyum. Aku tersenyum.

"Siapa suruh ayah lewat. Kan ibu kan? Jangan kawan dengan ayah." Mulut mungil itu mengusik ayahnya pula.

Aku mengangguk mengiakan sahaja. Malas dilayan. Kalau tidak, makin kuat usikannya.

"Ouuhhh taknak kawan yaaa. Tunggu kejap. Ayah nak Seranggggggg diaaaaaa!!!!"

Suamiku menjerit lalu menyerbu ke arah kami berdua dan menggeletek Hana. Hana yang kegeliaan meronta-ronta memohon aku menolongnya. Lalu kami bertiga ketawa dalam pelukan yang indah. Bahagia sangat.

.

Ya Allah, biar rasa ini tetap selamanya. Kerana sayangku sayang, ku biarkan rasa ini terbang melayang. Agar kembali pada mereka yang aku sayang.

.

Senyap.

Entah bila tak sadar, kami bertiga tertidur berpelukan. Bahagia.

Aku merapatkan sedikit jarak lalu kubisikkan pada telinga mereka.

"And then, they lived happily ever after."

.

Bleep.

Isnin

Disember 6, 2021

jam 0824

ramble jotWhere stories live. Discover now