Hakikat Kehidupan

10 0 0
                                    

Dalam hidup ini, tidak semua akan turut tersenyum saat kita bahagia. Ada yang di belakang sana menarik muka bermasam durja melihat kita ketawa. Saat kita memanjat tinggi menggapai harapan, ada yang di bawah sana sedang kuat menggocak tangga untuk melihat kita terjatuh bergulingan. Saat kita berlari laju mengejar impian, ada yang menabur paku diatas jalanan membiarkan kita tersungkur kesakitan.

That's how our life works, dear.

Teruskan melangkah. Lantakkan sahaja mereka yang membenci kerna hidup ini bukan untuk memenuhi hasrat hati mereka. Tolehkan kepala ke kiri dan ke kanan, lihatlah mereka yang sentiasa berada disisi. Tak penah jemu untuk memberi, sehingga kita mampu berdiri lagi.

Disaat hati merasa tak kuat, ingatlah-
"La yukallifullahu nafsan illa wus'a'ha."
Allah tak akan membebankan seseorang hamba itu melebihi dari kemampuannya.

Bagaimana ketika Baginda yang dicintai turut diuji dengan cacian dan hinaan dalam dakwahnya. Bagaimana ketika Nabi Yusuf dibuang saudaranya sendiri ke dalam perigi usang dan sunyi. Bagaimana ketika Nabi Luth diuji dengan penerimaan keluarganya sendiri. Sedangkan mereka utusan mulia juga diuji kerana mereka juga manusia, apatah lagi kita. Kita juga manusia, nabi juga manusia. Sebab itulah kita sama-sama diuji, cumanya tahap ujian yang kita lalui itu adalah berbeza bagi setiap orang. Stay strong! Kerna aku tahu, kamu sentiasa kuat!

Pesanan buat diri,
Jun-2, tahun 2022.
H.G

ramble jotWhere stories live. Discover now