Hari ini, aku belajar satu perkara baharu.
Bintang yg kita sering lihat pada waktu malam itu, barangkali sudah tidak ada lagi saat kita sedang melihatnya. Hal ini kerana, bintang-bintang berada sangat jauh daripada bumi. Jadi, untuk cahayanya sampai ke bumi itu sudah mengambil masa beribu-ribu tahun cahaya sebelum cahayanya tiba pada permukaan atmosfera bumi dan akhirnya menjadi ransangan buat mata dan seterusnya menghantar impuls kepada otak.
Kemudian barulah kita menerima isyarat lalu mulut mula menuturkan kata, "Wah! Cantiknya bintang malam ini!". Hakikat peritnya sebuah kebenaran daripada kecantikan yang dibentangkan di langit malam.
I think this is quite sad. We always heard people said, " You are the whole universe, but im just a star." And i am no longer to be here. Just some part of me (read:cahaya) to stay with you.
Tanpa kita sedar, dalam kita mengagumi keindahan pekatnya malam dengan kehadiran bintang-bintang, rupanya bintang itu sudah lama mati dan tidak lagi wujud.
Yang dinikmati itu sekadar cebisan cahayanya, tetapi jasadnya sudah lama tiada.
YOU ARE READING
ramble jot
Randomramble /ˈramb(ə)l )/ talk or write at length in a confused or inconsequential way. . Tap tap tap tap tap. the onomatopoeia when i start writing using my laptops. i write about my thoughts, about feelings, about something or anything that can be fee...