Berdusta Untuk Menjadikan Orang Tertawa.
عَنْ بَهْزِ بْنِ حَكِيمٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ فَيَكْذِبُ لِيُضْحِكَ بِهِ الْقَوْمَ وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ
Dari Bahz bin Hakim katanya, telah mengkhabarkan kepada ku dari ayahku, ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah orang yang berbicara kemudian dia berdusta agar suatu kaum tertawa kerananya. Kecelakaan untuknya. Kecelakaan untuknya.”
(Riwayat Abu Daud No: 4990) Maktabah Asriyyah.
Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Elakkan guruan yang di dalamnya ada unsur berdusta, mengumpat, menghina juga meremehkan orang lain hanya kerana ingin menghiburkan orang atau menyebabkan orang tertawa.
2. Celakalah orang yang menyampaikan sesuatu kepada orang lain yang menyebabkan orang lain tertawa, sama ada melalui pertuturan, lakonan, lukisan, gambar juga tulisan yang didalamnya mengandungi pembohongan, penghinaan juga meremehkan orang lain.
3. Celakalah orang yang sengaja melakukan pendustaan terhadap sesuatu hanya kerana ingin orang lain yang mendengar atau membaca tertawa.
4. Orang yang beriman tidak akan berbicara serta melakukan sesuatu melainkan yang benar dan baik.
❤️Teguran Mesra❤️
Jadilah kita Mukmin yang benar lagi baik dalam perbuatan dan pertuturan.
YOU ARE READING
Kongsi Rezeki
PoetryHanya sedikit perkongsian daripada seketul hamba Allah yang lemah. Berkongsi rezeki akhirat untuk kepentingan bersama. Semoga bermanfaat buat kalian semua.