Jadilah Orang Kaya Sebenar
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati."
(HR Bukhari No: 5965)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Orang yang memiliki harta, tidak akan merasa puas dengan harta yang dimiliki.
2. Orang yang sebenarnya kaya ialah yang hatinya merasa puas dengan apa yang dimilikinya dan tidak mengharap apa yang ada pada tangan orang lain.
3. Orang yang kaya hati adalah orang yang tidak rakus mencari harta dan sentiasa bersifat qanaah.
❤️ Teguran mesra❤️
Ayuh bersifat RAHMAH dengan memiliki hati yang kaya.
YOU ARE READING
Kongsi Rezeki
PoetryHanya sedikit perkongsian daripada seketul hamba Allah yang lemah. Berkongsi rezeki akhirat untuk kepentingan bersama. Semoga bermanfaat buat kalian semua.