Musibah Mengangkat Darjat dan Menghapus Dosa
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً
Daripada 'Aisyah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada satupun musibah (cubaan) yang menimpa seorang muslim berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus kesalahannya."
(Sahih Muslim No: 4665)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam mengajar umatnya bersabar diatas setiap ujian yang dilaluinya.
2. Allah mendatangkan ujian kepada seseorang dalam pelbagai bentuk antaranya kesakitan, untuk mengangkat darjat atau kedudukan seseorang di sisi Allah
3. Allah mendatangkan musibah atau ujian dalam bentuk kesakitan juga bertujuan untuk menghapuskan dosa seseorang.
❤️ Teguran mesra❤️
Orang yang ditimpa musibah seperti penyakit atau kesakitan, kehilangan pekerjaan dan sebagainya akan digugurkan segala dosanya dan ditinggikan darajat. Moga kita bersabar dengan setiap ujian musibah mahupun penyakit.
YOU ARE READING
Kongsi Rezeki
PoetryHanya sedikit perkongsian daripada seketul hamba Allah yang lemah. Berkongsi rezeki akhirat untuk kepentingan bersama. Semoga bermanfaat buat kalian semua.