Wajib Menegur Saudara Muslim
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ يَلْتَقِيَانِ فَيُعْرِضُ هَذَا وَيُعْرِضُ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلَامِ
Dari Abu Ayyub Al Anshari bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa dengan saudaranya (sesama muslim) lebih dari tiga malam. Keduanya saling bertemu, tetapi mereka saling tak acuh satu sama lain (keduanya saling berpaling). Yang paling baik di antara keduanya ialah yang lebih dahulu memberi salam."
(HR Muslim No: 4643)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Seorang Muslim dilarang tidak bertegur sapa terhadap saudara seIslamnya melebihi tiga malam.
2. Dua orang yang tidak bertegur apabila bertemu, yang paling baik antara keduanya ialah yang terlebih dahulu menyapa saudaranya dengan Ucapan SALAM.
❤️ Teguran Mesra❤️
Ayuh pastikan menjadi Muslim yang prihatin pada saudaranya. Sebarkanlah salam.
YOU ARE READING
Kongsi Rezeki
PoetryHanya sedikit perkongsian daripada seketul hamba Allah yang lemah. Berkongsi rezeki akhirat untuk kepentingan bersama. Semoga bermanfaat buat kalian semua.