Zikir Menghindarkan Kecelakaan
عَنْ أَبَانَ بْنِ عُثْمَانَ قَالَ سَمِعْتُ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَيَضُرَّهُ شَيْءٌ
Dari Aban bin Utsman dia berkata: saya mendengar 'Utsman bin 'Affan berkata: saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang hamba yang membaca pada pagi dan petang hari di setiap malamnya; 'Dengan menyebut nama Allah yang tidaklah sesuatu yang ada di bumi dan di langit akan memudaratkan dengan nama-Nya, dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.' Sebanyak tiga kali, nescaya tidak akan dimudaratkan oleh sesuatu."
(HR Ibnu Majah No: 3859)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim dituntut untuk sentiasa berzikir mengingati Allah.
2. Pelbagai jenis zikir boleh dilakukan, sama ada mengikut peristiwa, perkara yang ingin dilakukan atau masa tertentu.
3. Ada zikrullah yang digalakkan membaca pada pagi dan petang, antaranya:
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
4. Barangsiapa yang membaca zikir di atas pada pagi dan petang hari sebanyak 3 kali, dengan izin Allah, dia akan terhindar dari sesuatu kecelakaan.
Jom amalkan zikir ini.
YOU ARE READING
Kongsi Rezeki
PoetryHanya sedikit perkongsian daripada seketul hamba Allah yang lemah. Berkongsi rezeki akhirat untuk kepentingan bersama. Semoga bermanfaat buat kalian semua.