Rezeki 22

9 3 0
                                    

Membalas Jasa Ibu Bapa

عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاسْتَأْذَنَهُ فِي الْجِهَادِ فَقَالَ أَحَيٌّ وَالِدَاكَ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَفِيهِمَا فَجَاهِدْ

Abdullah bin 'Amru RA berkata: "Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu meminta izin untuk pergi berjihad. Maka Baginda bertanya: "Apakah kedua orang tuamu masih hidup?" Lelaki itu menjawab: "ya". Maka Baginda berkata: "Kepada keduanyalah kamu berjihad (berbakti) ".

(HR Bukhari No: 2842) Dar Ibn Kathir.

Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Berkhidmat dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah dituntut seperti membantu dari sudut kewangan, penjagaan terutama semasa mereka tidak sihat atau tua serta kasih sayang.

2.  Berkhidmat dan berbakti kepada kedua ibu bapa adalah sebahagian daripada jihad.

3.  Ada sahabat yang Rasulullah SAW tidak izinkan untuk pergi berjihad dan diminta berbakti kepada kedua ibu bapanya yang masih hidup.

❤️ Teguran mesra❤️

Berbuat baiklah kepada ibu bapa  yang telah berjasa kepada kita. Sama ada mereka masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Kongsi RezekiWhere stories live. Discover now