1

57 10 0
                                    

"Ini dia...." dengan bergegas Haruka berlari ke arah pintu untuk meletakkan barangnya. Dia memasuki ke bilik satu lagi untuk mengambil lagi satu begnya. Puan Takeda yang berjalan sambil memegang topi anaknya hanya melihat tingkah laku anaknya yang kelam kabut tersebut

"Pastikan kamu dengar kata pakcik kamu" pesan Puan Takeda Haruna/Seijin Haruna

"Baik"

"Sapu tangan kamu? Tiket kamu? Kasut baru kamu?" tanya Puan Takeda sambil melihat anak perempuannya. Haruka tersenyum melihat Puan Takeda yang merisaukan dirinya.

"Jangan risaulah mama. Saya dah pack kasut tu. Warna hitam." jawabnya sambil memasang kasut

"Pastikan kamu tak tertinggal luggage dalam kereta api, okay? Dan jangan termenung sampai aku tertinggal tempat yang kamu perlu berhenti."

"Iyaa saya tahu, mama. Kan saya selalu pergi sana setiap tahun jadi, saya akan baik-baik sahaja." kata Haruka sambil mengambil begnya dan disilangkan pada bahunya.

"Hey, pakai topi kamu ni. Nanti kamu terkena strok haba" Puan Takeda menunjukkan topi yang dipegangnya.

"Tak apa. Saya okay" Haruka memandang Puan Takeda sambil tersenyum

"Jumpa lagi!" katanya sambil keluar dan berlari ke tempat perhentian bas untuk ke stesen kereta api.

Sampai sahaja Haruka meletakkan beg miliknya dan duduk di atas bangku yang disediakan untuk orang awam. Sambil itu dia menunggu dan sambil itu dia teringat kisah lamanya.

Kali pertama aku berjumpa dengannya dan ketika itu aku berusia 6 tahun.

To The Forest Of Firefly Lights ||Park Sunghoon|| [C]Where stories live. Discover now