6

31 9 0
                                    

Pada musim panas seterusnya dan selepas musim panas lagi, aku melawat hutan tersebut.

Haruka menyarung baju sekolah miliknya. Setelah itu kasutnya juga dia pakai lalu dia keluar dari rumah pakciknya.

"Saya keluar dulu" katanya sambil berlari. Pakciknya yang sedang mengetip kuku hanya memandangnya dengan mata berkelip-kelip.

"Sunghoon! Saya ada dekat sini lagi tahun ni." Kata Haruka.

Dia menunjukkan baju sekolah yang dia pakai kepada Sunghoon.

"Ta-da! Saya sekarang tingkatan 1 dan umur saya sekarang 13 tahun heheh" Katanya teruja. Sunghoon yang duduk di tempat biasa memandangnya.

"Kadang, kau mula nampak seperti perempuan di luar sana" ujarnya.

"Saya memang perempuan lah!" Katanya. Facepalm ditunjuk.

Sunghoon bangun lalu mengajaknya ketempat biasa.

"Shall we go?"

"Eung!"

'Huh? Adakah ini....' Haruka berkata dalam hati.

Mereka pun berjalan di sekeliling tasik. Haruka seperti biasa tangannya berada di belakang sambil jalan dengan relax. Manakala Sunghoon pula tangannya berada di dalam poket seluarnya.

"Oh.." Haruka berkata sendiri.

Sunghoon memandangnya. "Huh?"

"Tak ada apa-apa" kata Haruka sambil menggeleng.

"Walaupun saya berada dalam sekolah menengah sekarang, kebanyakkan kawan sekolah rendah saya yang sama kelas dengan saya hanya kelihatan sama sahaja. Ianya tidak rasa seperti berubah" jelas Haruka

"Selain daripada tu..."

Umur kami semakin mendekat.

Haruka berjalan sambil di atas batang pokok sambil tangannya mendepa agar seimbang. Sunghoon berada disisinya memerhatikan dia.

Umur Sunghoon jaub lebih perlahan daripada manusia.

Apabila hilang keseimbangan Haruka jatuh.

.

.

.

Layang-layang yang dibuatnya tadi, disuruh Sunghoon pegang tinggi. Haruka menarik tali supaya menjadi lurus. Angin pula meniup lembut.

"Macam ni?" Tanya Sunghoon sambil tangannya berada di atas memegang layang-layang milik Haruka.

"Ye, ye. Bila saya mula lari, awak lepaskan, okey?" Katanya. Haruka siap memegang tali sekali dengan batang kayu yang dipenuhi dengan gulungan tali yang berada di sebelah tangannya.

Sunghoon mengangguk

"Ini dia, saya mula!" Haruka mula lari dan Sunghoon terus melepaskan.

Layang-layang tersebut terbang tinggi dibawa angin. Haruka mengawalnya sambil ketawa dengan gembira.

Sunghoon berjalan dan berdiri disebelahnya. Haruka melihatnya sebentar lalu dia memandang ke langit.

Dia menyerahkan tali kepada Sunghoon dengan senyuman lebar. Sunghoon mengangguk lalu mengambil tali yang diserahkan oleh Haruka.

"Wah" angin disitu mula bertiup dengan kencang yang biasa-biasa.

Tahun demi tahun yang berlalu, perubahan aku pun berubah tapi Sunghoon amatlah sama seperti hari pertama kami berjumpa.

Petang tersebut Haruka dan Sunghoon jalan bersama seperti biasa. Tiba-tiba sahaja Sunghoon berhenti. Sunghoon yang sedang memandang langit didatangi rama-rama berwarna putih yang hinggap di topengnya.

Sunghoon membuka topengnya. Rama-rama yang hinggap tadi terbang. Haruka memandang wajah Sunghoon yang bebas daripada topeng tersebut.

Sunghoon menutup matanya sambil menikmati angin yang lembut. Rama-rama tadi berterbangan disekeliling mereka.

Haruka terus menatap muka Sunghoon. Warna rambut Sunghoon adalah putih dan iris mata Sunghoon pula berwarna merah ruby. Dia terpegun dengan ketampanan Sunghoon walaupun dia hanyalah seekor spirit

To The Forest Of Firefly Lights ||Park Sunghoon|| [C]Where stories live. Discover now