14

8 3 0
                                    

The night she lost him.

"Haruka, makcik masuk ye?" Puan Seijin iaitu Seijin Karina isteri kepada Seijin Satoru memasuki bilik anak buahnya setelah dia terdengar Haruka menarik hingus.

Haruka yang sedang memandang tingkap mengalihkan pandangannya. Dia melihat makciknya dan dia senyum kecil.

"Haruka mengapa kamu menangis?" dia duduk di hujung katil bersebelahan Haruka. Topeng milik Sunghoon berada di atas riba Haruka. Haruka sekadar menunduk.

Makcik Seijin yang terpandang topeng tersebut sudah tahu bahawa anak buahnya ini sering kali bermain-main di dalam hutan dewa gunung itu. Dia tahu anak buahnya baru sahaja pulang daripada festival itu.

"Haruka....."

"Makcik, saya rasa sakit di sini......" kata Haruka dengan nada seraknya. Jari telunjuk ditunjuk ke arah dadanya. Tangisannya pecah.

"Shh shh shh...." makcik Seijin memeluk Haruka bagi menenangkan dirinya.

"Saya....saya.....rindukan hiks- hiks- dia." kata Haruka dengan sedu.

"Habis sahaja belajar hiks- saya hiks- nak kerja hiks- di sini agar kami dapat hiks- bersama tanpa hiks- hiks- musim panas hiks- hiks-"

Jelasnya dalam keadaan menangis. Makcik Seijin menenangkan Haruka dengan menepuk belakangnya.

"Haruka, adakah dia meninggalkan kamu?" Haruka mengangguk.

"Tapi sebab tertentu....." makciknya hanya tersenyum.

"Dia akan kembali, bukan?" soal makciknya dengan lembut.

Haruka menggeleng. "Mustahil makcik kerana dia spirit yang tidak boleh disentuh oleh manusia"

"Dan dia hilang akibat menyelamatkan salah seorang kanak-kanak manusia. Saya marah tentang itu walaupun saya tahu budak tu tak bersalah. Tapi!-" Haruka diam air matanya mengalir.

"Haruka spirit dan manusia tidak boleh bersatu," ujar makcik Seijin dengan tenang.

Haruka mengangguk. "Saya tahu makcik," balasnya. Dia menunduk.

"Makcik tidak menghalang kamu. Untuk diri kamu janganlah sakiti diri kamu Haruka. Masih ada yang memerlukan kamu." rambut Haruka diusap lembut oleh makcik Seijin.

"Jadi jangan biarkan diri kamu macam ni ye nak? Makcik dan pakcik sayangkan kamu. Mama dan papa kamu turut sayangkan kamu" Haruka hanya senyum. Dia menganggukkan kepalanya.

"Terima kasih, makcik" Haruka memeluk makciknya.

"Kamu nak air susu madu? Makcik buatkan untuk kamu. Dulu kamu suka minum air yang makcik buatkan."

"Saya sentiasa sukakan air buatan makcik walaupun ianya hanya air kosong" Makcik Seijin hanya mencubit hidung Haruka. Mereka ketawa.

Walaupun itu dapat menghilangkan sedikit rasa kesedihan dalam diri Haruka.

"Haruka....." Pakcik Seijin yang berada di tepu pintu memandang Haruka sambil memeluk tubuh.

Dia tersenyum lalu dia mengusap kepala Haruka.

"Dia akan kembali, mungkin mengambil masa yang lama" jelas pakciknya. Haruka memandang seakan tidak percaya apa yang dikatakan oleh pakciknya.

"Jika apa yang pakcik cakap ni benar saya akan menantikannya." kata Haruka dengan tetap. Pakcik Seijin mengangguk.

Jika Sunghoon boleh kembali, dia sanggup menunggu kepulangannya.

To The Forest Of Firefly Lights ||Park Sunghoon|| [C]Where stories live. Discover now