13

8 3 0
                                    

"Wahh, ianya sangat pelik semuanya!" Haruka ketawa gembira.

"Semua orang keluar dengan penyamaran mereka, tidak?" Sunghoon setuju. "Ianya seperti festival ajuk mengajuk."

Haruka dan Sunghoon berjalan di tepi sungai setelah menghabiskan tenaga di dalam festival nanti.

"Adakah ianya sentiasa begini pada setiap tahun?" tanya Haruka.

"Ya, setiap kali musim panas ada..." suasana diantara mereka sunyi seketika

"Haruka, aku tak boleh tunggu untuk musim panas akan datang." Haruka terus memandang Sunghoon setelah mendengar penjelasan daripadanya.

'Aku inginkan kau di samping aku'

"Bila aku berjauhan daripada kau, walaupun aku tak boleh berada di tempat orang ramai, aku ingin bertemu dengan kau" jelas Sunghoon.

'Bahkan setiap hari aku ingin bertemu kau, Haruka. Manusia kecil aku' jelas Sunghoon dengan kata yang tidak terucap. Terselit nada sayu dalam dirinya.

Sunghoon tersenyum manis.

Ketika berjalan Haruka ingin memegang tangan Sunghoon. Dia ingin berjalan sambil berpegang tangan seperti pasangan kekasih yang lain.

Malangnya Haruka batalkan perbuatan tersebut kerana dia tahu jika sentuh sahaja Sunghoon akan hilang, selamanya.

Sunghoon membuka topeng miliknya dengan senyuman. Dia memakaikan kepada Haruka.

Sebuah ciuman dilabuhkan pada pipi disebalik topeng tersebut. Itu sahaja dapat menggembirakan hati Sunghoon.

Haruka tidak bergerak. Dia diam. Dalam hatinya berdebar-debar kerana suka.

Sekali lagi Sunghoon menciumnya. Kali ini pada dahinya.

"Sunghoon...." dapat Haruka rasakan mukanya panas.

"Topeng itu kau ambillah. Anggap ianya hadiah aku kepada kau." senyum Sunghoon.

Mereka teruskan berjalan dengan tenang sambil menyimpan perasaan yang mereka tahu antara satu sama lain.

'Nanti ada masa aku nak luahkan kepada Sunghoon. Aku suka dia' kata hati Haruka dengan suka.

Dia suka dengan perbuatan Sunghoon.

Dia tak akan datang kembali ke tempat tersebut pada musim panas seterusnya.

Kerana ini merupakan kali terakhir kami....

"Tunggu!" jerit kanak-kanak lelaki yang hendak mendapatkan kawannya.

Ketika mereka berjalan dua kanak-kanak lelaki sedang berlari dan salah satunya hampir terjatuh.

"Jaga-jaga!" kata Sunghoon. Dia sempat menarik lengan budak tersebut daripada terjatuh

"Kamu tak apa-apa?" tanya Haruka dengan risau. 

"Eung! Saya okey! Arigatou nii-san nee-san" kata budak lelaki tadi. Lalu dia kembali mengejar kawannya.

"Hati-hatilah!" terus budak itu angguk dan kembali ke arah kawannya.

Ketika itu seperti cahaya warna hijau putih mula keluar dari tangan Sunghoon. Sunghoon hanya memandang tangannya. Haruka yang memandang terus terkejut.

"Sunghoon...?" Haruka pelik lalu dia tersedar.

"Budak tadi tu manusia?!" tanya dia terkejut.

Mantera pada Sunghoon telah pun pecah.

Sunghoon memandang tangannya dengan terkejut. Pada masa yang sama dia berasa lega.

"Sunghoon!" suara Haruka ingin menangis.

"Kemarilah, Haruka! Akhirnya aku dapat menyentuh kau, manusia kecil." senyum Sunghoon.

Cahaya hijau tersebut bersinar dengan terang. Apabila dia mendepakan tangannya Haruka segera berlari dan memeluknya erat. Dia sangat gembira apabila dapat memeluk Sunghoon. Kerana itu satu-satunya hajat yang mereka berdua sendiri harapkan antara satu sama lain.

Sempat satu ayat yang diucapkan oleh Sunghoon didengari oleh Haruka.

"Saranghae, Takeda Haruka" ucap Sunghoon romantik lalu dia menghilang seperti kelip-kelip yang diterbangkan oleh angin.

"Eung! Saya pun cintakan awak, Sunghoon."

Haruka yang jatuh melutut terus menangis. Yukata milik Sunghoon masih dalam pelukannya. Erat.

Dia menarik nafas untuk menenangkan dirinya, tapi dia gagal. Akhirnya yukata Sunghoon dilipat. Topeng yang tercampak tadi dia ambil lalu dia menciumnya sekali lagi sebelum dia memeluknya.

Debu milik Sunghoon yang bercahaya masih terdapat di sekelilingnya. Spirit lain yang terkesan turut muncul.

Hijau pekat. Ini adalah hutan dewa gunung.

"Terima kasih sebab tunaikan hajat Sunghoon. Kami mahu bersama dengan Sunghoon selamanya tetapi sejak dia jumpa kau, dia teringin nak sentuh kau. Sekarang hajat dia ingin memeluk manusia tercapai." Ucap salah satu spirit kepada Haruka. Haruka hanya mengangguk.

Saya mungkin tidak akan dapat menantikan musim yang seterusnya pada masa yang lama.

Dada saya rasa sakit dan sesak.

Air mata saya akan melimpah

Kini dia berjalan dengan kesedihan untuk pulang ke rumah.

Tetapi kehangatan pada tangan saya dan memori musim panas ini akan sentiasa hidup di dalam hati saya.

Dia memandang langit. Air mata yang tersisa di pipi dia usap dan dia tersenyum. Bayangan memori bersama mula berlayar di minda.

Pulang sahaja ke rumah. Dia terus ke biliknya dan tidur tanpa menukar kimononya. Topeng dan yukata diletakkan di sebelahnya

Walaupun ianya telah berlalu, aku masih tak dapat lupakannya. Aku hanya menyimpan segala memori di dalam ingatan aku. Sejak daripada peristiwa tersebut aku mulakan hidup aku seperti biasa.

Ada kala aku melawat tempat yang sering kami kunjungi. Ianya mengubati rindu yang takkan hilang.

Topeng miliknya aku simpan. Aku akan memakai ketika ada festival sahaja.

Ketika berada di kelas seni, aku pernah melukiskan gambarnya. Tajuk yang diminta ketika itu adalah "your memory". Sangat teliti tanpa sedar aku menangis dalam diam sehinggakan rakan sekelasku tanya. Aku hanya mendiamkan diri aku sahaja.

Aku tidak bencikan musim panas. Aku juga sentiasa pergi ke rumah pakcik Seijin kerana disitu terdapat tempat yang merupakan permulaan kisah aku dan dia.

Jadi, mari pergi.

Kisah Takeda Haruka dan Sunghoon

Marilah kita pergi.

Kisah kami yang tiada siapa tahu.

To The Forest Of Firefly Lights ||Park Sunghoon|| [C]Where stories live. Discover now