Epilog
1 tahun kemudian
"Weh Haruka aku dengar nanti dekat dalam kelas kita ada pelajar baru esok" kata Itoh yang berada disebelah Haruka.
Sejak kebelakangan ini Haruka sering meluangkan masa bersama dengan Arina, Itoh, Nishimura dan Sawako.
"Kau pelajar baru laju je. Nanti pelajar lelaki masuk kau yang kecewa." kata Sawako. Itoh sekadar menjuih bibirnya.
"Muncungkan sedepa biar satu sekolah tahu yang Itoh Satoshi amatlah hodoh apabila dia menjuihkan bibirnya"
Mereka berlima ketawa.
"Dah jom kejap lagi kita ada subjek bahasa inggeris" kata Haruka.
"Alah inggeris lagi. Haruka nanti ajar aku ye? Heheh" pinta Sawako dengan senyuman. Peace ditunjukkan.
"Boleh je Sawako macam biasa. Nanti awak ajarkan saya matematik pula okey?"
"Okey, deal. Macam biasa" mereka bersalaman.
"Eh apa ni? Aku pun nak deal juga. Nanti aku ajarkan subjek sastera" kata Arina.
"Iya iya kita semua buat deal. Belajar sama-sama" Haruka senyum gembira.
Mereka berlima duduk di tempat masing-masing.
.
.
."Aku nak singgah kedai serbaneka jap nak beli roti. Kau nak apa-apa Haruka-chan?" tanya Arina. Haruka menghulurkan duitnya.
"Satu roti kukus daging"
"Yokai!"
Haruka duduk di bangku yang disediakan. Sekarang tengah musim luruh. Jadi kebanyakkan daun-daun gugur di atas jalan.
Ketika Haruka termenung dia melihat lelaki yang sedang mengusap kucing sambil memberi makan di sebalik lorong.
'Sunghoon?! Ah itu bukan dia Haruka....' Haruka membatalkan niatnya yang ingin ke arah lelaki tersebut.
"Jom Haruka. Aku ada beli susu coklat, ekstra untuk kau!"
"Terima kasih, Arina."
Mereka berdua berjalan pulang.
Pada masa yang sama,
"Aku jumpa kau, manusia kecil" kata satu figura sambil tersenyum.
.
.
."Aku dengar pelajar baru tu terkenal di kalangan perempuan." kata Itoh.
"Aku sudah kata bukan? Mana mungkin sekolah kita akan ada pelajar baru perempuan." kata Sawako. Arina dan Nishimura hanya ketawakan Itoh sahaja.
"Yelah yelah. Korang je betul aku salah." Itoh murung ditepi tingkap.
"Tak payahlah merajuk, Itoh. Cikgu dah nak masuk dah ni"
"Kelas! Selamat pagi, cikgu!" ujar ketua kelas, Sakaguchi Yutaro.
"Selamat pagi cikgu!" pelajar lain turut sama.
"Selamat pagi, kelas. Seperti yang kita tahu kita ada pelajar baru. Sila perkenalkan diri kamu." kata Cikgu Senoh.
Haruka yang sedang memandang tingkap memberhentikan pandangannya sebentar. Hatinya menyatakan dia kenal suara itu.
YOU ARE READING
To The Forest Of Firefly Lights ||Park Sunghoon|| [C]
Spiritual"Kalau manusia sentuh aku, aku akan hilang" "Kalau manusia....? Awak bukan manusia ke?" "Aku....sesuatu yang hidup dalam hutan ni." ____________________________________________ "Aku teringin nak sentuh manusia" ___________________________________...