00 : 05

25 8 0
                                    

«.......her aids.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

"Korang dah kenapa? Sampai kesini cari, tak boleh tunggu kejap lagi ke?" Berdepan je dengan diorang, terus aku sembur.

Empat-empat sekali kena.

Dan sudah tentunya Luth sekali. Well, he's the planner. Masterplan? Header?

"Aku nak jumpa kau."

"Luth nak jumpa kau."

Sekali serentak seirama Luth dengan Hazwan, Izami, Mawi bukak mulut. Ternganga aku kejap. Aku tahu diorang brotherhood tapi takkan sampai boleh teleport?

Wuish, dasyatt!

"Korang pergi balik kelas. Aku nak cakap dengan dia ni kejap." Luth beri arahan pada geng dia.

Izami nampak terkulat seketika. "Erk?"

"Lah baru nak dengar... Kau cakap je lah, bukan kitorang ganggu pun. Janji!" Mawi angkat jari kelingking dia.

"Penat-penat kitorang kejar kau, macam tu je kau halau? Setepek eh?" Hazwan geleng kepala.

Macam bengang pun ada.

"Hah, yang korang cari aku dah kenapa? Nak gaduh?" Pandangan tajam dihadiahkan pada Mawi, Izami dan Hazwan.

Sumpah aku masih terasa hati lagi dengan diorang ni.

Nasib Luth okey je dengan diorang. Kalau geng aku buat macam tu kat aku, memang aku mintak diorang belanja novel seorang sebuah kat aku baru aku maafkan.

Baru nikmat sikit hidup aku yang none ni.

"Tak nak lah gaduh dengan kau. Kitorang cari tak jumpa kau pun tadi, dalam kelas pun tak ada orang. Ham nak jumpa kau, dia seret Li sekali. Tahu-tahu je Luth jumpa kau kat sini, hebat eh?" Di hujung bicara, Hazwan memerli Luth.

Muka Luth hanya beku tak ada reaksi.

Cakap pasal Izham, mamat tu memang buat aku kecik hati betul dengan dia. Masa latihan rumah sukan Jumaat lepas, ada ke patut dia tarik nama aku naik suruh demokan acara lompat jauh?

Pfftt memangla aku ni jurulatih pun.

Benci Izham sepuluh keterunan!

"Korang balik kelas, aku nak cakap dengan Iralna je." Luth pandang tiga ekor manusia tu tajam.

Kalau laser mata dia, sure boleh pecahkan batu permata yang keras kedekung tu.

"Ha yelah, kau ni... " Izami jatuhkan bahu, kecewa.

Haish, comel je Izami bila merajuk. Kalau akulah, memang buruk kalah beruk dekat zoo sana.

"Date, date jugak, kelas jangan lupa masuk Luth. Kau pun sekali Irel." Mawi senyum mengusik.

Dia ni kalau tak mengusik tak sah. Masa bilanya aku date?

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now