00 : 26

14 6 2
                                    

«.......on your mark!.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

200 meter larian berpagar itu diharungi Irel dengan kosentrasi tinggi. Tahun lepas dia kecundang berada di kedudukan ke tiga di belakang Garuda dan Cenderawasih.

Dan tahun ini, juara milik Jentayu.

Hembusan nafas lelah bercampur syukur, terhala di garisan penamat. Hampir hampir tergelincir saat palang yang dilangkaunya jatuh.

Terkena di bahagian buku lali namun dia membiarkan. Kalau layan, memang dah jatuh tergolek dia tadi.

"Bagus Irel!" Cikgu Suraini menepuk nepuk bahu Irel.

Irel hanya mampu balas dengan anggukan. Mercun berwarna biru meletup di udara. Tanda kemenangan milik Jentayu.

Irel tersenyum dalam perit tekak.

Lapar sebenarnya. Tapi dia tak nak makan lagi, nanti sukar. Hanya tiga ketul tokoyaki masuk perut, mana nak kenyang.

"Irel, masuk balik dekat bilik," Cikgu Baiti menggamit.

Irel akur saja.

"Wah, tahun ni senior tak ada, Irel ambil alih bhaii. Tahniah, Rel." Fadhilahtun tepuk tangan dalam mengahnya.

Di tubuh tersarung baju rumah sukan Garuda.

Irel berhenti dalam langkahannya masuk semula ke bilik persalinan. Di samping Fadhilahtun, ada Khairunnisa atlet dari rumah Cenderawasih.

Atlet dari Rajawali perlu rawatan kerana terlanggar palang.

Khairunnisa tepuk lengan Irel. Putus putus nafasnya.

Almaklumlah, tinggi dia kurang dari Fadhilahtun dan Irel menjadikan dia perlu momentum lebih untuk melonjak tinggi.

"Thanks," jujur, Irel juga tak sangka dia mampu lakukan kerna tahun lepas dan tahun sebelum belumnya, dia tewas.

Hanya mampu menggengam pingat gangsa.

"Lepas ni ada acara apa pulak?" Irel bertanyakan.

Pasti muka muka ni jugak yang akan berentap untuk merebut gelaran johan bagi acara seterusnya. Pecut itu sudah semestinya.

"400 meter, 4×200 meter, 4×100 dengan 100 meter," Fadhilahtun menyebut satu per satu.

"Fadhilah? Alia?" Mereka bertiga berada dalam rumah sukan yang sama.

Mereka lah yang Irel gerunkan. Barisan atlet perempuan sedari sekolah rendah lagi. Fadhilah ketika di tingkatan 1 berjaya merangkul trofi Tokoh Olahragawati Sekolah.

Asal wakil rumah sukan je, pasti muka mereka juga. Sedari sekolah rendah!

Irel pula tak pernah jadi juara, hanya sekadar berpuas hati di kedudukan keempat.

Ya, siapa je nak bagi medal?

Oleh sebab itu, tahun ini iltizam penuh dipasang. Latihannya sungguh sungguh. Dia mahu mematrikan jadi kenangan paling manis dalam bidang sukan.

Bukan mudah tapi tahun ni je...

"Alia sama dengan aku. Fadhilah tambah 800 meter je." Fadhilahtun menambah.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now