00 : 28

17 6 2
                                    

«.......astro ceria.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

Usai tamat Temasya Sukan 2019, para pelajar beransur ansur pulang dengan menaiki bas. Ada yang pulang dengan ibu bapa, tak menaiki bas.

Macam Ima, parents dia terus bawa bercuti ke Lumut, Perak memandangkan Isnin cuti sekolah sempena hari sukan.

Kami masih disini, rasanya dah tak ramai. Satu bas cukup tapi entah bila nak datang. Dah pukul 11 lebih.

"Aku rasa kan..." Tangan Shahirah yang tergawang di udara, statik.

"Rasa apa?" tanya Izzah.

"Rasa malam ni betul betul bagi ruang dekat Irel dengan Luth. Nasib banyak melebihi diorang, rumah Jentayu sekaligus." Shahirah menyambung.

Aku buat buat tak layan. Cuba sembunyi senyum dari terukir. Kang nanti diorang asyik usik, aku tak larat nak tepis.

"Entah, betul tu." Amira menjatuhkan kepala.

A'watif berdehem. "Boleh ceritakan sedikit perasaan Cik Irel Iralna pada malam ini? Mungkin ada yang ingin dikongsikan?"

Mikrofon 'tangannya' aku tolak lembut. Grrrr, A'watif ni!

"Maaf, rakan rakan sekalian. Tiada apa yang ingin saya kongsikan disini. No comment," okey, aku tipu.

Aku rasa macam nak jerit biar satu dunia dengar kalau boleh. How grateful am I sebab Jentayu muncul juara keseluruhan dengan kelebihan 426 mata! Sipi sipi meninggalkan Garuda 26 anak mata di takhta naib johan.

Rajawali di tempat ketiga dan Cenderawasih di tangga keempat.

Bukan tu aje, aku dan Luth naik ditabal sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sekolah!

Pergh, kau tahu aku tak pernah dapat penghormatan tu sepanjang tahun aktif aku dari darjah empat! Balik ni, aku nak suruh Angah bawa aku pergi Jambatan Pulau Pinang!

Nak jerit puas puas kat sana.

Dan lagi, dekat dalam beg aku sekarang ada gold medal acara 100 meter pecut!

Aku ingatkan aku dah disqualified sebab pitam dekat trek. Rupa rupanya kaki aku dah cecah garisan penamat dulu, sejurus semua orang terkejut tiba tiba je pitam.

Teacher Lailatun yang nak ambil nama aku terus terjerit panik.

Aku pengsan betul betul di depan dia tanpa sempat dia bertanya nama penuh aku.

Aku rasa teacher tahu je nama aku, sengaja je tu.

Aku anak murid teacher kut dalam kelas!

Kami panggil Teacher UK kerana pelatnya, Athirah pula panggil teacherssssss.

'S' tu lebih tanpa kami tahu sebabnya. Boleh jadi sebab dia sengaja atau ada makna.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now