00 : 34

12 8 4
                                    

«.......it will rain heavily.......»

┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★
┊  ┊  ☆
┊  ★

|.↗✉↘.|

Helaian demi helain diselak Luth. Kertas yang berada di dalam sampul itu terkepil kemas. Tebalnya kertas macam kertas peperiksaan Bahasa Melayu.

Aku cuba curi curi nak baca tapi reaksi Luth lebih menarik perhatianku.

Kosong namun tajam anak matanya berlari seiring aksara yang tercatat.

Surat apa yang penting sangat sampai kena minta tolong aku? Kenapa dia tak ambil sendiri je? Itu kan dalam rumah dia, masuk je la ambil sendiri.

Malas masuk campur, aku layan Bell di sebelah dengan coklatnya. Habis comot. Sekali pandang mesti cakap main dengan najis budak ni! Punyalah seronok dia 'membazirkan' coklat aku!

"Kakak..." Bell angkat muka memandang aku.

"Ya, sayang..." aku lagakan dahi aku ke dahinya.

Anak masa depan aku nanti mesti bertuah dapat aku, kan? Aku kan penyayang!

"Bell nampak belalang tadi, jom tangkap." Katanya sambil jari menunjuk ke satu arah.

Ya Allah budak ni, terkejut aku dengan permintaan dia! Belalang, dik?

"Err..." aku pandang Luth seketika. Cuba mengintai wajahnya yang terselindung di sebalik kertas.

Dia baca ke tulis tesis PhD?

"Err...Luth... Err...tak apalah," aku bangun terus sekaligus menarik tangan Bell.

Biarlah Luth dengan paksi fokusnya. Entah apa kebenaran yang menamparnya. Pasti ada sesuatu yang mengambil tempat menganggu fikirannya.

"Jom Bell," mata aku masih bergerak gerak memandang Luth.

Mengharapkan dia membalas, sekejap je.

Untuk pastikan dia baik baik saja walaupun aku tahu pasti meleset anggapanku.

❍☆❍〃

Luth menunduk. Rambutnya dicengkam kuat hingga terasa mahu tanggal kulit. Kepala menunduk dengan lutut dirapatkan ke dada.

Rumput hijau dalam renungannya sudah samar samar. Kabur dek mutiara jernih yang menghalang. Rumput dicengkam kuat.

Yang ni ke papa sembunyikan? Yang ni ke papa takutkan sangat? Habis dia ni siapa? Bukan anak papa ke?

Heh, kau bukan anak papa kau Luth!

Buk!

"Argh!"

Jeritannya seiring dengan tumbukkan yang dilepaskan ke batang pokok.

Padu kerana momentum sudah dipusatkan ke batang pokok yang jisimnya pepejal. Entah berapa joule namun daya yang dikenakan sudah cukup buatkan kekura Luth terkoyak.

"Arghh!!"

Sekali lagi, bertubi tubi batang pohon rimbun itu menjadi mangsa dendam marah Luth bebas keluar. Tanpa henti dia menumbuk, bersilih ganti tangan kanan dan kiri.

"Kau kenapa tipu aku?! Kau kenapa tipu aku?!!" Luth menjerit, melempiaskan amarahnya secara verbal pula.

Iris merahnya yang diselindungkan dengan kanta lekap hitam pekat itu, sudah memerah. Urat urat di sekeliling mata jelas begitu juga dengan dahi dan lehernya. Timbul disamping rahang muka yang tajam.

His: Mr. Handball Where stories live. Discover now