PROLOG

861 57 2
                                    

Sepuluh tahun yang lepas,

RINTIK-rintik hujan mula membasahi tanah perkuburan Islam itu. Seorang demi seorang mula meninggalkan tanah yang masih merah itu. Dia menggenggam tanah kubur yang mula basah akibat air mata langit yang semakin lebat membasahi.

"Ibu... jangan tinggalkan Ryan, ibu... jangan. Ryan rindukan ibu" rintihnya dalam tangisan yang sudah pecah. Kini dia tidak dapat menahan lagi empangan yang sudah ingin melimpah itu. Air matanya laju menuruni pipi seperti lajunya air mata hujan. Kerana pemergian seorang insan yang bergelar ibu.

"Ryan dah tak ada sesiapa atas dunia ni. Ryan hanya ada ibu saja. Tapi kenapa ibu pergi dulu?" tanya dia seperti tidak dapat menerima takdir.

"Sudahlah, Ryan. Papa masih ada dengan kamu" seorang lelaki yang dalam lingkungan empat puluh tahun menyentuh bahunya. Mereka dua beranak terkesan dengan pemergian arwah.

"Sebab kau la ibu aku mati! Kenapa bukan kau je yang masuk dalam tanah ni?!" Ryan menjauhi lelaki itu.

Biarlah dirinya basah kerana air hujan. Hatinya cukup menderita sejak ibunya tiada di sisi. Sejak ibunya ditahan di hospital sebulan lalu. Dan dikhabarkan Puan Azalea meninggal kerana sesak nafas. Berat untuk dia terima.

Beberapa orang lelaki yang berpakaian baju melayu hitam segera menghampiri mereka. Di tangan masing-masing kemas memegang payung. Seorang meneduhkan lelaki yang membahasakan dirinya papa itu. Seorang lagi meneduhkan Ryan.

"Tengku, tak elok bertengkar di hadapan kubur arwah Puan Azalea. Itu tandanya seperti kita tidak menghormati tempat arwah" pesan lelaki yang meneduhkan lelaki tua itu. Tengku Luqman mengangguk. Dia faham. Dia juga tidak mahu bertengkar dengan anak sulungnya itu.

"Ryan, mari kita balik, nak. Hujan semakin lebat. Nanti kamu sakit" pujuk Tengku Luqman. Ryan menggeleng.

"Biar la aku sakit! Kau bukan peduli pun pasal aku! Dulu waktu ibu hidup, kau tak pernah pedulikan aku! Kau selalu lebihkan budak tu!" ujar Ryan. Mata helangnya yang tajam memandang seseorang yang berdiri tidak jauh daripada mereka semua.

Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia sebelas tahun.

Tengku Fariez Jayden memegang kuat batang payungnya. Dia berdiri tidak jauh daripada manusia-manusia yang sudah hampir basah sepenuhnya itu. Hujan pula tidak henti-henti menitis laju.

"Ryan, mari kita balik. Berbincang dekat rumah. Ryan tak kesan ke dengan arwah ibu? Puan Azalea baru saja meninggal. Biarkan arwah pergi dengan tenang..." pujuk lelaki yang berdiri di sebelah Ryan. Dia memegang payung. Lambat-lambat remaja yang berusia lapan belas tahun itu mengangguk.

Dia dan lelaki itu perlahan-lahan meninggalkan kawasan kubur arwah Puan Azalea. Tengku Luqman mengeluh perlahan. Dia memusingkan badan. Lalu dia dan seorang lelaki yang memegang payung untuknya juga mula meninggalkan kawasan kubur. Tengku Luqman senyum pada Fariez.

Dia menolak tubuh Fariez supaya berjalan dulu. Sesekali Tengku Luqman berpaling ke belakang. Dia senyum buat kali terakhir pada kubur arwah isterinya. Sungguh dia mencintai wanita itu. Namun Tuhan lagi mencintai isterinya.

Done 26/2/2022

SELEMBUT KASIH AZALEAWhere stories live. Discover now