BAB 10

182 27 3
                                    

Darwish menghidupkan motorsikal yang akan ditunggangnya nanti bersama Darlena. Dzul dan Ryan sudah lama berada di atas motor y15 milik Dzul. Sebuah motorsikal y15 dan EX5 bersedia keluar dari pekarangan rumah itu. Darwish dan Dzul membelok ke kiri. Mereka ingin ke warung tok ketua dahulu sebelum mereka meronda kampung.

"Along, Ayah Ngah minta kita semua ke rumah dia malam ni. Malam berinai Zulaikha. Along ikut la sekali" kata Darlena selepas melihat chat WhatsApp daripada Zulaikha. Pengantin pada esok hari.

"Tengoklah dulu macam mana. Along tak boleh janji. Mungkin along teman Ryan dekat rumah" balas Darwish.

Darwish. Lelaki itu suka mengasingkan dirinya daripada orang ramai. Lagi-lagi jika dengan keluarga Ayah Ngah. Lesap terus!

"Along, bila bermaksud semua, sekali dengan Ryan la" sambung Darlena.

"Will you tell me what is your relationship with him?"

Hanya dengar bunyi badan berlaga dengan angin. Darlena menyepi di belakang Darwish. Darwish melihat cermin sisi. Dahi Darlena agak berkerut sedikit. Darwish senyum nipis.

"Jangan cakap yang adik along ni dah jatuh cinta sekali lagi. Suruh dia baca yasin, al-kahfi dan al-mulk, jadi imam solat lima waktu dulu baru along bagi dia kahwin dengan Lena"

"Kalau dia tak boleh baca? Tak boleh jadi imam macam mana?"

Darwish diam seketika. Jadi Darlena dengar suaranya. Itu satu ketakutan dalam diri Darlena. Takut dan risau. Takut jika mana-mana lelaki yang dia suka tidak memenuhi syarat tersebut. Risau kalau-kalau tiada lelaki yang sanggup dengan syarat-syarat tersebut.

"Kalau tak boleh baca dan tak boleh imamkan solat, sorry. Go find another girl. You will not be his. Tak susah pun syarat yang walid letak kalau nak jadi menantu dia. Kalau Ryan nak adik, dia kena usaha lebih sikit"

Motorsikal Darwish dan Dzul berhenti di hadapan sebuah warung yang dikerumuni orang kampung. Mereka turun dari motorsikal. Seorang lelaki lingkungan sebaya Encik Sufian bangun dari kerusi plastik. Melihat wajah-wajah anak kawan baiknya itu, terus teringat akan satu hal.

Tok ketua pergi ke arah dapur. Dia keluar semula dengan satu kotak teh herba. Darwish ke arah lelaki tua itu. Darlena, Dzul dan Ryan berdiri di hadapan kedai sahaja. Mata Darlena tertangkap pandangan anak-anak gadis yang tertancap pada Dzul dan Ryan. Mereka berbisik-bisik perlahan dengan mata yang tidak dijatuhkan dari wajah jejaka-jejaka kacak itu. Darlena melepaskan keluhan kasar. Rasa berapi hatinya.

Pertama, kerana Dzul ialah abangnya. Jejaka itu miliki kulit berwarna cerah dan warna mata coklat muda. Gaya Dzul agak sempoi walaupun jelas apa yang tersarung pada badannya itu semua barang berjenama. Kedua, adakah kerana hati sudah mula terpikat pada Ryan? Jejaka itu juga apa kurangnya jika nak dibandingkan dengan Dzul dan Darwish. Hero-hero Malaya semuanya.

Ryan perasan akan pandangan tajam Darlena pada gadis-gadis kampung yang seringkali menoleh ke arah mereka. Tidak puas sekali, berkali-kali. Ryan rapatkan sedikit kedudukan mereka. Tetapi masih punyai jarak diantara mereka.

"Don't worry, dear. Mata saya ni asyik nampak awak je. Tak ada perempuan lain" Bisik Ryan. Perlahan. Cukup syahdu pada pendengaran Darlena.

Darlena meremang. Laju dia palingkan kepala. Ryan senyum manis. Kerana tergugat dengan senyuman manis Ryan, telinga Darlena dapat menangkap bunyi awww dari arah kedai. Sekali lagi matanya ke sana. Gadis-gadis kampung senyum ke arah Ryan. Satu jelingan diberi. Menyampahnya!

"Sweet talker, huh! Category buaya-buaya berkaki dua la ni?"

"Yes, i am. But only for you, dear"

SELEMBUT KASIH AZALEAWhere stories live. Discover now