BAB 4

329 53 10
                                    

PUAN Yasmeen duduk termenung di meja kopi yang berada di beranda rumahnya. Angin sepoi-sepoi bahasa meniupkan daun-daun kayu yang berguguran di atas tanah. Sangat tenang sehingga Puan Yasmeen boleh duduk termenung. Encik Sufian menarik kerusi di sebelah isterinya. Dia mengamati wajah milik wanita yang sedang termenung itu. Masih sama seperti dahulu. Cantik!

"Saya tahu awak rindukan Lena. Tapi jangan pula sampaikan abaikan saya ni" seloroh lelaki tua itu. Puan Yasmeen tetap juga tidak sedarkan diri.

Encik Sufian melihat arah mata Puan Yasmeen. Apa yang isterinya lihat itu? Mata Puan Yasmeen hanya tertumpu pada tiang rumah mereka. Encik Sufian menggelengkan kepalanya. Rindu isterinya kepada Darlena semakin menjadi-jadi. Tangan tua isterinya diraih. Puan Yasmeen tersentak. Barulah dia mengalihkan pandangan kepada suaminya.

"Minggu depan kita pergi KL, nak?" tanya Encik Sufian. Terus bersinar butir mata Puan Yasmeen. Dia sudah lama ingin mengajak suaminya pergi ke sana. Sambil makan angin, mereka juga boleh melawat Darlena dan seorang anak lelaki mereka yang tinggal di sana.

"Betul ke, bang? Nak! Saya dah lama nak ajak abang pergi sana." Puan Yasmeen tersenyum ke arah suaminya. Akhirnya, setelah dua bulan dia tidak bertemu dengan Darlena.

"Tapi dengan satu syarat"

Terus mati senyuman Puan Yasmeen. Hatinya pula terasa dipermainkan.

"Buatkan kopi untuk abang dulu" minta Encik Sufian. Puan Yasmeen menjeling suaminya. Suka betul main-main.



RYAN melabuhkan punggung di atas sebuah sofa hitam. Matanya melihat gerak-geri tarian tidak semenggah beberapa orang perempuan di atas lantai tari. Bunyi lagu yang kuat dan orang yang mula memenuhi segenap ruang kelab malam itu langsung tidak mengganggu Ryan untuk duduk berseorang diri. Ryan mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya. Ikon Instagram ditekan. Ia bagaikan sudah menjadi kebiasaannya menstalk akaun Darlena.

Dengan melihat lifestyle Darlena, itu salah satu cara untuk Ryan mengenali gadis cantik itu. Dia melihat sorotan Darlena. Satu video gadis itu bersama dua orang lelaki. Masing-masing mengenakan baju warna yang sama. Darlena manis elok menyarung baju kurung berwarna biru lembut. Video itu seperti bukan video original. Setiap kali ternampak muka gadis itu, ia akan dicensored.

"Along jangan la duduk dekat situ! Tu tempat umi dengan walid la!" ujar Darlena dalam video itu. Gadis itu memarahi abangnnya kerana duduk di atas kerusi kayu yang dia set up cantik.

Umi dan walid. Sepertinya keluarga gadis itu dari golongan yang tinggi ilmunya agamanya. Kata hati Ryan. Dalam video itu, datangnya dua orang golongan tua dengan baju yang sama warna. Duduk di atas kerusi kayu yang dikatakan Darlena tadi.

"Wah... cantiknya umi dengan walid Lena ni. Macam pinang dibelah dua" ujar Darlena.

Tanpa sedar air mata Ryan menuruni pipi putihnya. Kenapa kata-kata dia sama dengan arwah ibu?

Imbas kembali...

Ryan duduk bersandar di kerusi meja makan. Dia memakai baju melayu dan bersamping. Sesekali Ryan mengeluh perlahan. Entah betul ke tidak dia memakai samping itu. Puan Azalea datang dari arah dapur. Dia belum melihat lagi Ryan mengenakan baju melayu yang dijahitnya sendiri. Sebelum ini keluarga mereka sering tempah di mana-mana butik sahaja.

"Ibu! Tengok ni. Dah betulkan Ryan pakai samping ni?" Ryan bangun dari kerusi. Dia berjalan ke hadapan ibunya. Ryan senyum manis kepada Puan Azalea.

"Wah... Nampak segak la anak ibu ni. Kacak! Pandai Ryan pakai samping. Belajar dengan YouTube ye...?" Puan Azalea menepuk-nepuk bahu Ryan. Bangga dia melihat anaknya suka dengan baju jahitan tangannya itu.

SELEMBUT KASIH AZALEAWhere stories live. Discover now