Chapter 1

11.9K 257 19
                                    

Pagi yang indah tidak selalu cerah,inilah kehidupan seorang gadis yang bernama Haura Medina dimana seorang pelajar yang bakal menghabiskan pelajarannya peringkat Degree tidak lama lagi.

Hidup dalam serba sederhana tidak mematahkan semangat Haura Medina untuk Terus berjaya mencapai cita-citanya sebagai seorang accountant.

Haura Medina tinggal bersama ibu Dan ayahnya.Alhamdullilah selama 23 tahun Haura Medina hidup ibu Dan ayahnya lansung tidak pernah mengabaikannya Dan sentiasa memberi sokongan kepada Haura Medina.Okay stop cerita pasal kehidupan Aku back to story.

Haura Medina dengan langkah yang malas turun ke dapur untuk bersarapan memandangkan Harini dia tiada kuliah jadi selepas Subuh tadi Haura menyambung tidurnya Dan menyebabkan dia terbangun lambat sedikit.

Puan Maisarah yang sedang Masak untuk sarapan tersenyum manis malihat anak gadisnya.Umur sahaja 23 Tetapi perangai seperti 10 tahun.

"Haura Medina!awak tu dah mandi ke belum?"Tanya Pn Maisarah.

Tangannya masih ligat memasak itu ini.Haura hanya memandang ibunya yang ligat memasak itu dengan pandangan kosong.

"Haura Medina!"panggil Pn Maisarah sedikit kuat  membuatkan Haura Medina yang mengelamun tadi tersentak seketika.

Haura Medina tersengih-sengih melihat muka ibunya yang dari tadi memandangnya tajam.

"Ye ma!mama panggil Haura ke tadi?"tanya Haura Dan dibalas pandangan tajam oleh ibunya.

"Ye Haura Medina!mama panggil apa yang dia mengelamun Tak tahulah budak ni"bebel Pn Maisarah.

Haura Medina hanya membuat muka sahaja selepas mendengar ibunya membebel.Lagi sekali Haura Medina dibalas pandangan tajam oleh mamanya selepas Haura membuat muka.

"Hehe okay-okay!papa mana?"Tanya Haura Medina.

"Papa dah keluar dah jumpa Tan Sri kesayangan dia lah apa lagi"balas Pn Maisarah.

Aku hanya membuat O sahaja Dan sambung aktivitinya yang tergendala tadi iaitu makan.
-
-
-
Tn Faizal Dan Tan Sri Irham bermain golf di sebuah kawasan private.Tn Faizal merupakan bekas pekerja kepada Tan Sri pekerja kesayangan katakana begitu juga Pn Maisarah Dan Isteri Tan Sri Irham iaitu Pn Sri Adibah.

"Zal kau ada anak perempuan kan?"Tanya Tan Sri Irham kepada Faizal.

"Ye Tan Sri Saya ada anak perempuan sekarang dia berumur 23 tahun insyallah tidak lama lagi dia akan habis belajar."balas En Faizal.

Tan Sri Irham hanya tersenyum manis sahaja tidak sangka anak Faizal ini boleh dikatakan bijak mesti cantik orang nya bisik Tan Sri Irham.

"Mesti cantik anak kau tu apa orang panggil beauty with brain gitu"Puji Tan Sri Irham.

En Faizal hanya tersenyum manis,syukur Allah kurniakan dia seorang anak yang Pandai Dan cantik.

"Tan Sri bukan ada anak laki-laki kan?"Tanya Tn Faizal.

Namun sebaliknya pertanyaan Tn Faizal disambut dengan senyuman nipis lelaki tua itu.

"Kenapa Tan Sri?Saya ada salah cakap ke?"Tanya Tn Faizal risau.

"Tidak,ye betul Saya ada anak laki-laki Ayden Mikael namanya"

"Mesti hensem seperti papanya"puji Tn Faizal.

"Hensem sahaja tidak cukup Faizal,Aku gagal didik anak Aku untuk menjadi yang baik mungkin aku terlalu manjakan dia dengan kemewahan yang aku ada"kata Tan Sri Irham dengan suara sayu.

"Tan Sri Tak boleh cakap macam tu,teruk mana sekalipun Ayden Mikael itu dia tetap anak Tan Sri."nasihat Tn Faizal.

Tan Sri Irham hanya tersenyum nipis keluhan dilepas berat.

SUAMI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now