Chapter 28

4.7K 172 10
                                    

Seperti yang diberitahu Pn Maisarah malam semalam dia terpaksa bergerak pergi ke Melaka pagi ini.

"Mama dengan Papa minta maaf sangat sebab Tak dapat teman Haura lama sikit"kata Pn Maisarah serba salah.

Haura hanya tersenyum kecil sahaja.Dia okay sahaja tinggal seorang diri dah biasa dah.

"Ma Haura okaylah Mama dengan Papa tu jaga diri okay"

Pn Maisarah mengangukkan kepalanya.Tn Faizal memandang kearah Haura tidak tahulah perasaan Tn Faizal kali ni Rasa berat hati nak tinggalkan anaknya seorang diri seperti akan ada sesuatu yang berlaku.

"Papa pergi dulu Haura jaga diri pintu rumah kunci kalau ada apa call je Hafiey ke atau Zara atau mama mertua Haura"Nasihat Tn Faizal kepada Haura.

Haura hanya menggangukkan kepalanya.Haura memeluk Pn Maisarah erat begitu juga dengan Tn Faizal.

Kereta milik Tn Faizal keluar meninggalkan kawasan perumahan Ayden,Haura hanya menghantar kereta milik papanya itu menggunakan ekor matanya sahaja.Selepas sahaja kelibat keluarganya hilang dia terus masuk kedalam rumah.

Ye Haura baru teringat yang Harini dia kena berjumpa dengan Harraz.Dia mengambil telefon bimbitnya Dan menelefon Harraz.

Haura:Hello Harraz,petang ni dalam pukul 5 ke 6 macam tu kita jumpa dekat coffee bean okay?

Harraz:okay,Haura nak Harraz ambil ke?

Haura:Tak apa Harraz tunggu je kat cafe tu okay.

Harraz:okay

Haura meletakkan panggilan tangannya laju mencari nama Ayden.Dia menghantar mesej pada Ayden.

Assalamualaikum,Awak Saya nak minta izin jumpa kawan sekejap petang ni boleh Saya nak ambil barang-Haura

Mama,papa dah balik?-Ayden

Sudah-Haura

Okay sekejap je sebelum Aku balik pukul 6 kau kena ada kat rumah faham-Ayden

Okay-Haura

Haura menarik nafas lega nasib suaminya izinkan kalau Tak apa dia nak jawab dengan Harraz.

Jam baru menunjukkan pukul 11 pagi jadi dia mengambil keputusan untuk memasak memandangkan hanya dia seorang sahaja dirumah Tak buat apa-apa lebih baik dia masak.
-
-
-
Harraz Naufal tersenyum bahagia nak tahu kenapa Bahagia?Bahagia sebab dia berpeluang nak berjumpa dengan Haura.Lagipun Harraz dah lama pendam perasaanya pada Haura jadi tak salahkan cuba nasib.

"Haura Saya janji kalau kita kahwin Saya akan bahagiakan hidup awak Haura"

Kata Harraz, senyuman manisnya tidak pudar lansung dia berasa tidak sabar untuk melamar gadis itu.Kotak segi empat kecil bewarna merah itu dipandangnya dia pasti Haura pasti sukakannya.

"Petang ni aku ada apa-apa meeting ke?"Tanya Ayden kepada pembantu peribadinya yang bernama Linda.

"Petang ni tiada apa-apa meeting"Kata pembantu peribadinya itu.

Ayden hanya menganggukkan kepalanya Dan menyuruh Linda keluar dari biliknya.Pagi ni dia mendapat berita yang menyakitkan hati dia dari orang suruhannya yang mengatakan semalam Haura ada bermesra-mesra bersama seorang lelaki di pasaraya.

"Kau dah pandai main belakang aku Haura!Aku dah kata yang kau tu hak aku kau memang degil kau tunggu nasib kau kejap lagi"

Ayden bermain dengan lidahnya.Haura betul-betul menguji tahap kesabarannya bukannya dia tak pernah warning jangan jumpa lelaki lain tapi Haura yang buat main dengan amaran dia.
-
-
-
Jam menunjukkan pukul 5.00 petang,Haura hanya mengenakan blouse bewarna putih dan juga skirt labuh bewarna hitam tidak lupa pula tudung shawl bewarna cream.

Perfect.

Amboi macam nak pergi dating padahal nak pergi ambil barang je.Memandangkan Haura ni tak reti bawa kereta jadi dia dah book grab awal-awal.

Setibanya dia di coffee bean dia ternampak susuk tubuh seseorang yang melambai kearah.Cepat sahaja Haura berjalan pergi kearah susuk tubuh itu.

"Sorry Haura lambat"kata Haura

"Itulah Harraz nak ambil Haura taknak"kata Harraz sambil tergelak.Haura juga turut tergelak.

"Ni barang apa yang Harraz nak bagi?"Tanya Haura lagi yelah sebab Harraz kata dengan dia nak bagi barang.

Belum sempat Harraz ingin mengeluarkan barang yang ingin diberi pada Haura ada susuk tubuh yang datang duduk disebelah Haura membuatkan Haura sedikit terkejut.

"Bro aku rasa kau salah tempat ni?"Tanya Harraz namun senyuman sinis yang dibalas oleh lelaki itu.

"Ouh aku salah tempat eh,boleh kau bagitahu aku sepatutnya tempat aku kat mana Haura Medina!"kata Lelaki itu atau siapa lagi kalau bukan Ayden Mikael.

Haura terdiam dia tidak berani memandang mata tajam Ayden itu macam mana Ayden tahu dia ada kat sini.Ayden memandang sinis semula kearah Harraz tadi.

"Kau siapa?"

"Sayang tak nak kenalkan ke siapa abang kat dia?"sengaja Ayden tekankan perkataan sayang tu.

"Di..dia suami Haura"balas Haura perlahan namun dapat didengari oleh Harraz.

Bagaikan seperti batu menghempap badannya.Dia tak sangka orang yang dia nak lamar ni isteri orang.

"Kau dah dengarkan dia cakap apa so aku tak nak  kau tunjuk muka kau depan bini aku lagi Dan kau Haura-"

Ayden tidak menghabiskan ayatnya dihadapan Harraz Tetapi dia menyambung ayatnya itu secara berbisik.

"Kau Haura aku nak ajar kau cara macam mana nak hormat suami balik nanti"tubuh kecil Haura menggigil selepas mendengar bisikan dari Ayden.

Haura tak tahu seksaan apa yang Ayden nak bagi tapi apa yang dia tahu diri dia tak selamat.

Tangan Haura ditarik kasar meninggalkan Harraz yang masih duduk membatu dekat situ.Ayden menarik tangan Haura kasar sehingga ke Kereta.

"Masuk Haura!"kata Ayden tegas.

Badan Haura yang menggigil kecil itu cepat masuk kedalam kereta.Ayden membawa keretanya laju meninggalkan kawasan Coffee bean tersebut.

Etc
Kesian jugak dengan Harraz ni,siapa nak jadi bini dia bolehlah beratur huhuhu.


SUAMI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now