Chapter 25

4.6K 180 4
                                    

Haura masuk ke dalam bilik Ayden,dia berjalan secara berjengket takut-takut Ayden ada ke kat dalam bilik kan manalah tahu.

Baru sahaja Haura ingin merebahkan badannya keatas katil ada suatu suara garau yang menegurnya menyebabkan niatnya nak tidur diatas katil empuk itu terbantut.

"Siapa izinkan kau tidur atas katil Aku?"Haura memandang kearah gerangan pemilik suara garau itu.

Sebelum Haura masuk tak silap dia sudah check seluruh kawasan yang Ayden tiada line clear tetapi dia lupa yang dalam bilik tu ada bilik air jadi dia pun tak terfikir untuk check dalam bilik air.

"Er..awak tak saya nak tidur sofa tu"jawab Haura  tangannya lurus menunjuk kearah sofa itu namun selepas itu matanya mengalih kearah lain dan tidak memandang kearah Ayden yang memandang dirinya dari tadi.

Cepat-cepat Haura pergi kearah sofa yang berdekatan tempat Ayden berdiri itu.Namun langkahnya terhenti bila pinggang rampingnya dipeluk oleh Ayden.

Terbuntang mata Haura bila pinggangnya dipeluk oleh Ayden dari belakang.Dia sedaya upaya cuba meleraikan pelukan tu namun Ayden dengan sengajanya mengetatkan lagi pelukan tu.

"Shh boleh tak kau jangan gerak sekejap biar macam ni je"kata Ayden lembut dagunya diletakkan keatas kepala milik Haura.

Haura hanya berdiri membatu sahaja cuba memproses apa yang berlaku.Kenapa dengan Ayden tiba-tiba malam ni buang tebiat ke?Nak mampus ke?

Setelah hampir 5 minit berpelukan Ayden meleraikan pelukan.Haura masih seperti biasa berdiri membatu.Ayden memusingkan Haura untuk menghadap dirinya dagu milik Haura dipegang perlahan.

Haura mengerdipkan matanya dia tak faham syaitan apa yang tiba-tiba rasuk suaminya ini.

"Aku nak tanya ni"Tanya Ayden lembut.

Haura hanya membuat muka blur sahaja belum pernah Ayden bercakap lembut dengannya.Ni dah kenapa tetiba.

"Hmm"itu je ayat yang keluar dari mulut Haura dia masih terkejut melihat kelakuan Ayden yang tiba-tiba itu.

"Siapa Harraz?"

Haura mengerutkan dahinya pelik kenapa Ayden tanya dia pasal Harraz sedangkan Ayden tak pernah ambil peduli pasal hidup dia.

"Kenapa awak tanya?Saya rasa tiada kena mengena pun dengan awak"balas Haura berani.

Wow sungguh beraninya kamu Haura Medina.Ayden yang tadi memegang dagu Haura lembut berubah mencengkam dagu milik Haura.

Segala nya berubah tadi Ayden yang lembut sekarang berubah menjadi Ayden yang kejam siapa suruh Haura balas macam tu.

"Aku tanya baik-baik kan tadi siapa Harraz yang yang kau jawab macam nak gaduh tu kenapa Haura Medina!"bisik Ayden tegas.

Haura cuba menenangkan dirinya cuba menarik nafas dalam-dalam dia tak nak gaduh malam-malam ni.

"Harraz tu kawan baik saya waktu kat kampung"balas Haura malas dia tak faham dengan perangai suaminya sekarang ni.

"Aku taknak kau ada kena mengena dengan Harraz tu faham!"Warning Ayden pada Haura.

Haura memandang anak mata Ayden dalam dia cuba mencari maksud disebalik amaran Ayden itu.Haura mengerutkan dahinya dia tak faham apa maksud Ayden tu.

"Ke..kenapa?"

"Kau pilih kau nak dia mati atau kau sendiri nak mati!jangan cabar aku Haura kalau aku kata aku tak suka tu maksudnya tak suka faham!Dan Aku tak nak kau dekat dengan mana-mana lelaki lansung FAHAM!"sekali lagi Ayden memberi amaran keras kepada Haura.

Haura hanya mengangukkan kepalanya walaupun dia tak faham apa maksud Ayden.Ayden tersenyum sinis melihat Haura yang blur itu.Tangannya perlahan mengusap kepala Haura yang masih berdiri tegak kerana terlalu blur.

"Kau tidurlah atas katil tu aku tidur dekat sofa tu"balas Ayden dingin tetapi Haura menolak katanya ni bilik Ayden jadi katil tu hak Ayden.

"Tak apa saya tidur sofa awak tidur katil"balas Haura.

Ayden hanya membuat muka malas dah kasi tempat selesa nak jugak tidur tempat  macam tu.

"Suka Hati kau lah"Ayden membalas malas Dan terus kearah katil miliknya.Senyuman Haura lansung tidak dibalas.Haura menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.Tadi okay sekarang ni dingin balik apa masalah lah.

Tak tahulah Ayden jadi sakit hati bila ada orang memuji tentang kecantikan Haura atau lebih tepat cuba nak try Haura contoh terdekat Haziq Dan dia juga sakit Hati bila Haura cuba membela ataupun bercerita tentang lelaki lain.

"Kau kenapa Ayden!kau bencikan dia tapi kenapa kau nak cemburu sial!"

Ayden memejamkan matanya cuba untuk melelapkan mata lagi dia fikir lagi dia jadi tak tentu arah Kang silap-silap mental jadi apa pilihan yang dia ada tidur je lah tu je cara menghilangkan stress.

Manakala Haura yang berbaring disofa termenung Dan teringat kembali amaran yang diberikan oleh Ayden kepada dirinya.

"Kenapa dia marah aku bila aku cakap Harraz kawan baik aku kat kampung and kenapa dia tak bagi Aku rapat dengan mana-mana lelaki sedangkan sebelum ni dia tak pernah ambil kisah pun!atau dia cemburu?"

Bisik hati Haura perlahan tak kan lah Ayden tu nak cemburu sedangkan Ayden hanya menganggap Haura sebagai maid sahaja.Banyak persoalan yang berada difikiran Haura.

Jadi sama seperti Ayden, Haura malas untuk berfikir mahupun mengambil tahu jadi dia mengambil keputusan untuk tidur.

Etc
Okay last untuk Harini huhuhuhu selamat membaca ✌️

SUAMI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now