Chapter 4

3.8K 225 15
                                    

Haura Medina terpaksa pulang sendiri memandangkan Hafiey kena stay back perasaan serba salah melekat kuat dalam dirinya.Zara tidak dapat menemannya pulang kerana Zara ingin ke perpustakaan ada perjumpaan katanya jadi terpaksalah dia pulang seorang.

"Haishh sorry Hafiey!"kata Haura Medina perlahan dengan nafas yang panjang cepat sahaja dia melangkah pulang ke rumah dengan menaiki bas.

Sampai sahaja dirumahnya kelihatan sebuah Kereta mewah diparkir dihadapannya rumahnya.Dengan perasaan tertanya-tanya Haura Medina Terus melangkah masuk kedalam rumah.

"Assalamualaikum"

Haura Medina memberi Salam kelihatan 2 orang manusia yang dia kenal sedang duduk bersembang bersama mama Dan papanya.

"Waalaikumsalam!Haura Dah pulang!Mari sini Tan Sri dengan Pn Sri datang ni".

Cepat-cepat Haura Medina melangkah kearah mama Dan papanya serta tidak lupa untuk menyalam Pn Sri Adibah Dan menunduk hormat kepada Tan Sri Irham.

"Haura sihat?"Tanya Pn Sri Adibah.

"Alhamdullilah,Haura sihat!aunty dengan uncle sihat?"Tanya Haura dengan penuh ramah.

"Alhamdullilah"jawab Tan Sri Irham.

Haura Medina hanya tersenyum sahaja Dan meminta izin untuk kebilik untuk mebersihkan diri baru sahaja Haura Medina Ingin menapak pergi Pn Sri Adibah memanggil lembut dirinya.

"Haura!duduk dulu sayang!aunty ada benda nak bincang."panggil Pn Sri Adibah lembut.

Haura tanpa banyak cakap hanya akur sahaja Dan duduk bersebelahan mamanya.Pn Sri Adibah memandang Haura Medina dengan senyuman manis diwajah.

"Haura kalau aunty Tanya ni Haura jangan marah ye!"kata Pn Sri Adibah lagi.

Kali ni jantung Haura Medina berdegup laju.Macam serious sahaja perkara yang Pn Sri Adibah ni nak sampaikan.Tetapi Haura Medina hanya membuat raut wajah biasa sahaja tidak mahu menampakkan yang dia sedang nervous sekarang ni.

"Apa dia aunty?".

"Aunty nak Haura jadi menantu aunty!"

Pappp!!bagai batu menghempap badan kecilnya  itu.So selama ni memang Tan Sri Dan Pn Sri nakkan Haura menjadi menantu dia.

"Aunty Tak main-main kan?"Tanya Haura inginkan kepastian.

"Tak sayang!aunty Tak paksa tapi aunty harap Haura terimalah.Haura ambillah berapa banyak Masa untuk berfikir aunty dengan uncle Tak kisah"pujuk Pn Sri Adibah Beria-ria.

Haura Medina memandang mama Dan papanya,Pn Maisarah menepuk perlahan peha milik anaknya Dan memberi isyarat kepada Haura untuk berfikir dahulu.

"Bagi Haura fikir dulu boleh?"Tanya Haura Medina.

Pn Sri Dan Tan Sri hanya tersenyum Dan mengangguk kecil tanda setuju.

"Aunty harap Haura setuju"kata Pn Sri Adibah lagi.

Haura Medina hanya tersenyum kelat.Sekarang ni dia cuma menyerahkan segalanya kepada tuhan jika Allah detikkan hatinya untuk menerima lamaran ni jadi dengan kerelaan hatinya dia menerima Ayden Mikael itu sebagai suaminya.
-
-
-
Malam
Haura Medina masih terfikir tentang permintaan Pn Sri Adibah.Dia terfikir perlu ke dia menerima lamaran Pn Sri Dan Tan Sri itu.

Tn Faizal yang ingin masuk ke bilik perasan yang anaknya banyak mendiamkan diri dari balik kuliah petang tadi.

Tokk!!Tokk

Pintu yang diketuk oleh Tn Faizal membuatkan Haura Medina tersedar dari lamunannya.Tn Faizal tersenyum manis kearah anak gadisnya itu Dan senyuman Tn Faizal dibalas Haura Medina.

SUAMI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now