Chapter 35

5.3K 172 25
                                    

Harraz memerhati setiap raut wajah Haura yang hanya termenung itu.Sejak Harraz datang sampailah sekarang Haura lebih memilih untuk bersendirian Dan termenung berbanding bercakap dengan Harraz.

"Haura!Haura okay?"Tanya Harraz.

Pertanyaan Harraz mematikan lamunan Haura.Haura memalingkan mukanya kearah lain untuk mengesat air matanya selepas itu dia berpaling kearah Harraz semula.

"Okay"

Kata Haura senyuman nipis diberikan kepada Harraz.Harraz hanya menggangukkan kepalanya perlahan.

"Sebab Harraz ke Haura bergaduh teruk dengan Ayden?"

Haura memandang Harraz sambil tersenyum kecil lalu Haura menggelengkan kepalanya.Harraz tiada kena mengena tentang dia Dan juga Ayden.

"Tak lah,bukan Harraz pun penyebabnya."

"Haura!Harraz ni bukanlah baik cuma kalau ada sesuatu masalah tu bincanglah baik-baik ada sebab kenapa Allah hantarkan lelaki seperti Ayden untuk perempuan sebaik Haura."

Haura hanya memandang wajah lelaki dihadapannya itu boleh nampak riak wajah Harraz kecewa.Haura hanya tersenyum kecil sahaja.

"Haura bagilah Ayden tu peluang untuk dia buktikan yang dia betul-betul berubah.Maaf kalau Harraz masuk campur tapi ini untuk kebaikan Haura sendiri Harraz cuma nak Haura bahagia.Percayalah Ayden betul-betul sayangkan Haura!"

Haura terdiam.Macam mana Harraz tahu yang Ayden sayangkan Haura sedangkan dia tak pernah beritahu sesiapa pun tentang masalah dia dengan Ayden.

"Macam mana Harraz tahu? sedangkan Haura tak pernah pun cerita tentang rumah tangga Haura pada orang lain"

Harraz hanya tersenyum nipis.

"Sejak Harraz jumpa Ayden kat restoran haritu kalau lah betul dia tak sayangkan Haura kenapa dia marah Haura keluar dengan Harraz?"

Haura terdiam.Betul ke apa yang dikatakan oleh Harraz?betul ke Ayden sayangkan Haura?.

"Haura ingatlah pesan Harraz!Harraz balik dulu assalamualaikum!"kata Harraz lalu meninggalkan Haura sendirian yang masih menghadam setiap kata-kata Harraz.

"Perlu ke aku maafkan dia?"Haura kebuntuan dia benar-benar buntu.
-

-

-
Ayden yang menghisap rokok itu hanya memandang kosong kearah Carla yang masih lagi dibuai mimpi.

Seketika itu telefon miliknya berbunyi menandakan ada mesej masuk Terus dia menoyoh putung rokok tersebut kedalam bekas.Kelihatan nama Haura muncul di skrin telefonnya.

Assalamualaikum,saya nak jumpa awak boleh?-Haura

Waalaikumsalam boleh dekat mana kau nak jumpa?-Ayden.

Cafe yang dekat dengan rumah mama tu nanti Haura tunggu situ-Haura

Okay-Ayden

Ayden tersenyum kecil,adakah Haura sudah boleh menerima dirinya?Laju saja langkahnya masuk kedalam bilik air.

Selesai bersiap Ayden hanya keluar dari rumah meninggalkan Carla yang masih lagi tidak sedarkan diri itu.

Ayden melangkah masuk kedalam cafe tersebut dia terlihat satu susuk tubuh kecil yang sedang leka bermain dengan telefonnya terus sahaja dia menapak kearah gadis itu.

"Boleh aku duduk?"

Haura yang sedang leka bermain permainan pou tu memandang kearah Ayden yang masih berdiri .Haura mengangguk kecil.

"Awak sihat"Tanya Haura dia bukan apa dia sebenarnya kekok tak pernah duduk berdua macam ni.

"Macam yang kau tengoklah"balas Ayden.

Haura hanya mengangukkan kepalanya perlahan.

"Actually, Haura nak minta maaf pasal pagi tadi Haura kurang ajar"Kata Haura dia menundukkan kepalanya.

"Kenapa kau nak minta maaf?kau tak salah apa pun!"

"Tapi saya kurang ajar dengan awak!"

"Aku yang patut minta maaf dengan kau"Haura yang menunduk itu mengangkat sedikit mukanya dan memandang kearah Ayden.

"aku yang patut minta maaf bukannya kau!aku yang pukul kau,aku yang rogol kau,aku yang sepak terajang kau tapi kenapa kau yang nak minta maaf sedangkan kau tak ada buat silap dengan aku!kalau aku jadi kau aku akan buat benda yang sama Haura."

"Saya pun salah sebab biadap dengan awak"

Ayden menggelengkan kepalanya sesiapa je perempuan yang duduk ditempat Haura pasti akan buat benda yang sama.

"Ayden saya dah buat keputusan dan saya harap keputusan yang saya buat ni adalah keputusan yang betul"

Ayden memandang anak mata gadis itu.Berharap agar Haura dapat berikan dia peluang.Peluang untuk dia tebus kesalahan dia.

"Saya-"

"Kau nak minta cerai ke?"

Haura menggelengkan kepalanya.

"Saya dah fikir dan saya harap keputusan saya ni betul saya dah maafkan awak dan saya beri awak peluang kedua tapi tolong jangan sia-sia kan Ayden!"kata Haura airmata yang ditahan akhirnya jatuh juga.

Ayden terdiam.Betul ke apa yang dia dengar?Haura bagi dia peluang kedua? Seketika itu Ayden tersenyum, Haura terkedu melihat Ayden senyum gembira macam ni,ini kali pertama dia nampak Ayden senyum ikhlas.

"Terima kasih Haura!terima kasih bagi aku peluang!"Balas Ayden.Haura hanya tersenyum nipis melihat senyuman gembira lelaki itu.

"Kalau betul dia jodoh aku Ya Allah kau kekalkan hubungan kami.Jika dia bukan jodoh aku kau pisahkan lah aku dengan dia dengan cara yang baik"kata Haura didalam hati.

Etc
Semudah ABC sahaja Haura maafkan dia huhuhu don't worry guys lepasni Saya akan pastikan skrin telefon semua orang bersemut sebelum mulanya perang dunia balik.

Siapa nak Harraz?bolehlah isi borang dia single tu astu dia dah move on.Dan abaikan ayat dia kalau ada terabur or typo ke

Selamat membaca ✌️

SUAMI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now