Chapter 19

4.4K 173 38
                                    

"Maid?"

Terkejut lalu terkentut Haura dibuatnya bila suaminya sendiri memanggil dirinya maid.

"Wait!kenapa dia terkejut bila you panggil dia maid?"Tanya Carla pelik.Yelah kalau betul dia maid kenapa Haura perlu terkejut sampai macam tu sekali.

"Bie,orang miskin bila dia dah duk rumah besar dia akan perasan yang diri dia ni kaya biasalah orang miskin nak duk senang berlagak ma'am besar"Jelas Ayden kepada Carla.

Ya Allah dengan muka tak bersalahnya rasa nak hempuk bapak iblis ni.Rasanya gelaran iblis ni lagi sesuai kot untuk Ayden gelaran bapak setan tu biar bagikan dekat Haziq kutuk Haura dalam Hati gila ke nak cakap kuat-kuat.

"Patutlah dia pandang you macam nak goda you"balas Carla lagi sambil menjeling Haura.

Ikutkan hati nak je Haura jolokkan biji mata tu duk jeling-jeling ingat lawa ke kutuk Haura lagi.

"Ni Aku nak naik atas kau pergi angkat beg-beg Aku dengan Carla bawak naik atas.Dan kau Ziq jangan memandai nak tolong dia"kata Ayden pada Haziq ditambah dengan amaran.

Ayden Dan Carla masuk ke rumah meninggalkan Haziq Dan Haura berduaan di depan pintu rumah itu.Haura menjeling Haziq yang dari tadi asyik memerhatikan akan dirinya.

"Awak ni dah kenapa nak pandang-pandang saya?"Tanya Haura dingin.

"Saje,You cantik memang suka goda orang eh?"bisik Haziq.

Ini sekor lagi ada yang kena ni kang duk bisik-bisik macam tu.

"Awak ni kan dengan Ayden tak ada beza sama je perangai macam iblis"

Haziq hanya tergelak sinis apabila Haura menyamakan dia dengan Ayden.

"Seiblis-iblis I,I tak pernah naik tangan kat perempuan sebab tak gentle and tu namanya dayus"balas Haziq bangga, confident betul dia bila kata dia tak dayus.

Haura tersenyum sinis mendengar ayat Haziq.Tak gentle?Tak dayus?dia pun 2×5 sama je perangai dengan Ayden tu.

"Pegang perempuan suka hati pun boleh dikira dayus dan tak gentle lansung sebab tu saya cakap awak dengan Ayden tiada beza pun dua-dua perangai macam iblis cuma yang bezanya Ayden tu kaki pukul selebihnya sama dengan awak"

Balas Haura sinis Dan meninggalkan Haziq sendirian membuatkan Haziq terdiam.Dia tercabar dengan kata-kata Haura.Haura terus kedapur nafasnya naik turun menahan marah.

Haura meneguk air itu rakus panas betul hatinya dengan perangai Haziq tu.Dengan Ayden pun tak habis lagi tambah pulak Haziq.

"Sabar Haura sabar anggap sahaja ini ujian"Haura cuba berfikiran positive.

Haura meletakkan kembali cawan yang dia basuh itu ditempatnya semula Dan melangkah keluar dari dapur.Namun langkahnya terhenti bila Haziq berdiri dihadapannya.Mata lelaki itu tajam menikam matanya.

Haura hanya mengabaikan Dan menyambung langkahnya untuk kedepan namun tangannya direntap kasar membuatkan Haura sedikit tersembam di dada Haziq.Melihat situasi itu cepat dia menjauhkan sedikit dirinya dari lelaki itu.

"Lepaslah sakitlah awak ni dah kenapa gila ke?"marah Haura tangannya sedaya upaya cuba meleraikan tangan kekar milik Haziq namun tidak berjaya.

"Kau nak tengok iblis macam manakan?Aku tunjuk kau macam mana perangai iblis tu sebenarnya!"

Haziq menolak Haura kuat sehinggakan belakangnya sakit Akibat ditolak kuat kedinding.Kedua-dua tangan Haziq diletakkan ke dinding tersebut menyebabkan Haura susah untuk bergerak.

"Awak sentuh saya!saya tak teragak-agak nak jerit!"Haura memberi amaran kepada Haziq tangan Haura cuba menghalang dada Haziq supaya tidak rapat dengan dirinya.

"Kau trylah jerit!kau jerit aku tak teragak-agak nak seret kau masuk bilik air tu kau nak tengok perangai iblis macam manakan  kalau kau berani kau jeritlah!Aku nak tengok kau jerit!"tengking Haziq membuatkan Haura terdiam.Secara tidak lansung tangisan Haura pecah juga.

"Saya merayu dekat awak Haziq!jangan buat Saya macam ni!Saya dah terseksa hidup dengan Ayden awak tolonglah jangan seksa hidup saya!"rayu Haura tangisannya makin kuat namun sedikit pun tidak memberi kesan kepada Haziq.

"Sekali lagi kau cabar aku,sekali lagi Haura aku sumpah time tu jugak dara kau hilang!"amaran Haziq kepada Haura.

Haziq pergi meninggalkan Haura yang masih lagi menangis didapur itu hampir sahaja Haziq membuka tudungnya namun nasibnya baik bila Haziq dengar rayuannya.Haziq yang ingin meninggalkan rumah itu mematikan langkahnya bila Ayden memanggil dirinya.

"Ziq?nak gi mana?"Tanya Ayden.

"Aku nak keluar amik angin ni orang tua kat gudang tu macam mana?dah 2 Hari dah tu?"Tanya Haziq.

"Tengoklah malam lepas Aku hantar Carla Aku pergi settle orang tua tu!ni kau nampak perempuan tu?"Tanya Ayden,Haziq yang seperti tiada perasaan itu selamba dia je cakap Haura kat dapur tengah nangis.

"Kat dapur menangis!"balas Haziq selamba.

"Nangis?"Terus sahaja dia kedapur untuk melihat Haura.Haziq juga ikut serta kedapur sajelah tu nak buat orang sakit Hati.

"Eh perempuan kau dah kenapa gila ke tiba-tiba nangis?"Tanya Ayden tapi tangan tu Tak duduk diam duk nak menunjal kepala orang je tahu.

"Ni barang-barang Aku semua dah bawak turun?"Tanya Ayden lagi.Haura menggelengkan kepalanya lemah.Matanya tidak berani memandang Haziq yang duk memandang dia macam nak makan.

"Eh bodoh berapa lama Aku bagi Kau Masa suruh angkat barang ni?ingat ada bibik ke nak angkat!Kau ni kan Haura memang mencabar Aku betullah"kepala Haura ditunjal-tunjal kuat oleh Ayden.

Ayden menolak Haura kasar jatuh kelantai.Haziq hanya memerhati dengan muka kosong je tiada reaksi apa pun bila Haura kena pukul dengan Ayden.

"Kau ni menyusahkan aku!"Ayden memijak-mijak kaki Haura,menendang Haura menyebabkan perutnya senak.Teruk juga Haura kena lunyai hanya disebabkan dia lupa nak ambil bag bagasi milik Ayden Dan Carla.

Ni semua salah Haziq kalau dia tak buat perangai tadi,Haura takkan lupa nak ambil beg bagasi Ayden.

"Puas hati aku!Harini kau jangan makan aku nampak kau makan aku tak teragak nak patahkan tangan kau FAHAM! Sekarang ni Kau pergi masuk bilik kau aku menyirap tengok muka kau sebelum kau jadi Mayat baik kau berambus!"tengking Ayden,kejam sungguh Ayden pada Haura

Haura bangun dengan perlahan memandangkan perutnya senak ditendang.Kepalanya ditunjal-tunjal oleh Ayden kerana Haura lambat untuk bangun masuk kebilik.

"Bangunlah tu pun lembab ke sial!"Ayden menarik tangan Haura kasar Dan mengheret Haura masuk kedalam biliknya.

Haura ditolak kasar masuk bilik.Pintu bilik Haura dikunci menyebabkan Haura susah untuk keluar dari bilik.

"Kau duduk dalam bilik tu selagi aku tak kasi keluar selagi tu kau duduk dalam tu faham!"tengking Ayden lagi.

Ayden Dan Haziq pun meninggalkan kawasan bilik Haura.Haura merapatkan lututnya,dia menyebamkan mukanya kelututnya.Dia Tak tahan,dia tak tahan dengan perangai Ayden Dan dia juga tak tahan dengan perangai Haziq .

"Korang berdua binatang,dayus, syaitan,iblis lebih baik kau bunuh je aku!ma,pa Haura nak balik, Haura tak nak duduk sini Haura tak nak kalau suatu hari nanti mayat Haura yang mama dan papa dapat!"Haura menangis itu je yang dia mampu dia hanya mampu menangis Dan berdoa.

Berdoa supaya nyawa dia tak diambil oleh suami sendiri.

Etc
Maafkan Saya kalau ada kesalahan ke typo ke almaklumlah tengah mengantuk hahaha

Okaylah selamat membaca Dan selamat memaki❤️🌚

SUAMI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now