Kebuntuan dari yang Kekeliruan

758 7 0
                                    

                                                    Kebuntuan dari yang kekeliruan

           Dia terjaga dari lenanya, matanya melilau kekiri dan kanan, gelap sahaja. Dia mengesat dahinya yang berpeluh. Dia teringat yang dia berada di sebuah tokong.

          " Aku terlelap? ", omelnya sendirian. Dia mengipas tubuhnya yang basah dek peluh. Bukan kerana panas, tetapi kerana penyakit yang sedang merebak di setiap inci tubuhnya membuatkan dia mudah berpeluh, lebih-lebih lagi semasa tidur.

          Dia teringat, sebelum dia terlelap, dia dari Edo bergegas ke Toguchi untuk bertemu dengan Hijikata Toshizou, naib-komander Shinsengumi. Dia melepaskan segala amarahnya kerana kegagalan Hijikata dari menghalang Kondo Isami, Komander Shinsengumi  dari ditangkap oleh Kerajaan Meiji, dan dihukum pancung pada 17 Mei 1868 yang lalu.

         Baginya, kesalahan Hijikata sungguh besar. Kondo segala-gala bagi dirinya. Semenjak dia menyertai Sekolah Tennen Rishin-ryu. Kondo Isami atau nama asalnya Shimazaki Katsusa yang merupakan ketua keempat Tennen Rishin-ryu mendidik dan mengajarnya dengan penuh kesabaran dengan kerenah dan kenakalannya, dia sudah menganggap Kondo seperti abangnya! Baginya, biarlah dia yang terkorban, tetapi bukan Kondo! Dia sungguh menyesal dengan kegagalan naib-komander Shinsengumi itu.

         " Sebenarnya, Hijikata-san turut menderita...", terngia-ngia suara seorang gadis. Ya! Ianya kata-kata dari mulut Yukimura Chizuru, gadis yang pernah mereka selamatkan beberapa tahun yang lepas. Kini, gadis itu telah menjadi sebahagian dari Shinsengumi dan merupakan pembantu peribadi Hijikata Toshizou juga merangkap teman wanitanya. Dia melirikkan senyuman, ah...nostalgianya...

         Tiba-tiba, kedengaran beberapa orang berbual di luar tokong. Dia tersentak, lalu dicapai katananya dan menyembunyikan diri sambil memasang telinga, mendengar perbualan lelaki-lelaki tersebut.

          " Saya pasti ianya Hijikata Toshizou!", ujar lelaki berkimono dan hakama paling kanan. Terkejut dia dibuatnya sebaik mengetahui topik mereka.

          " Di mana?" sahut yang satu.

          " Di sebuah rumah tumpangan di Pekan!", balasnya.

          " Kalau begitu, panggil orang-orang kita, kita akan bunuh dia! " , arah lelaki yang mungkin merupakan kepala mereka. Mereka bergegas sebaik menerima arahan. Dia mengetap bibir. Pedang katana yang berhulu merah itu digenggam.

~19 Julai 1868~Where stories live. Discover now