Membuang Diriku yang Tak Berguna
Okita tergamam di hadapan pintu kamar bilik rawatan ibu pejabat Shinsengumi yang sesak dek manusia. Perit rasanya mendengar suara Kondo Isami mengerang kesakitan setiap kali cucuh api dihala pada luka tembakan di bahu beliau.
" Ambilkan kain!", pinta Yamazaki yang agak kalut. Chizuru segera mendapatkan kain disisinya lalu dihulurkan kepada Yamazaki Susumu, pengintip serta ahli perubatan dalam Skuad Shinsengumi di bawah tunjuk ajar Doktor Matsumoto Ryoujun.
Keadaan ibu pejabat ketika itu sungguh cemas dan panik. Okita mengetap bibirnya, dia memaling dan perlahan-lahan berjalan kembali ke kamar kerana tubuhnya yang lemah.
"Kyoko, tolong tukarkan air ni..", arah Yamazaki sambil menghulurkan bekas air yang asalnya jernih bertukar merah darah milik Kondo. Tanpa banyak bicara, Kyoko menyambut bekas itu dan membawanya keluar dari kamar. Dia ternampak Okita yang melangkah lemah menuju ke kamar. Terdetik firasat buruk dalam hatinya.
" Tak guna...ada alamat buruk...", rungutnya.
Sekembali Okita di kamarnya, dia bergesa mencapai katananya. Dia tersembam akibat terlalu lemah. Terpaksa dia bertongkatkan katananya untuk bangkit. dia termengah, berjalan dari bilik rawatan hingga ke biliknya pun sudah tak mampu, masakan lagi hendak menghunus pedang dan bertarung? Perli dirinya.
Dia mengeluarkan sebiji botol dari lengan yukatanya. Sebiji botol berbentuk daiman berisi cecair berwarna merah dan mereka memanggilnya sebagai...Ochimizu. Ochimizu ialah dadah yang mampu meningkatkan keupayaan dan penyembuhan seseorang secara mendadak. Namun...kelemahan mautnya ialah ia mampu memutasikan manusia normal kepada makhluk yang kerakusan darah! Atau mereka memanggil mereka sebagai Rasetsu. Dadah ini dicipta oleh ayah Yukimura Chizuru atas arahan Bakufu.
Lama dia merenung botol kecil yang muat-muat dalam genggaman. Tiba-tiba, dia teringat kata-kata seorang gadis yang memberikan Ochimizu itu kepadanya.
" Ubat ini mampu menyembuhkan penyakit awak..." terngia-ngia suaranya. Okita tekad! Dia menanggalkan penutup botol itu lalu diteguknya!
" Mana Okita-san ni? ", monolog Kyoko sambil berjalan di koridor pejabat, sibuk mencari Okita. Tiba-tiba, suara mengerang mengejutkannya!
" Suara tu...."
" ..Okita-san!! " tanpa berfikir panjang, Kyoko berlari menuju ke kamar Okita tak jauh dari tempat dia berdiri.
" Okita-san??", tegurnya sebaik tiba di muka pintu kamar Okita. Tersirap darahnya sebaik melihat rambut Okita berubah ke warna putih! Dahinya berkerut dan mulutnya ditakup, dia tak percaya. seraya itu, dia meluru mendapatkan Okita yang sedang menderita menerima Ochimizu yang mengalir di seluruh tubuhnya itu.
" Awak dah minum? Kenapa awak minum?", tanya Kyoko. Tiada jawapan diberi melainkan suara mengerang. Okita masih bertarung dengan dadah itu agar tidak dikawal oleh Ochimizu! Urat-urat di leher dan dahinya timbul. Kyoko tak sanggup melihat penderitaan Okita, air matanya deras mengalir di pipi gebunya itu.
" Adakah kerana Kondo-san....?" tanyanya lagi.
" Ubat ni tak mampu nak sembuhkan penyakit awak!!", tersirap darah Okita mendengar kenyataan dari Kyoko. Nafasnya turun naik, dia mengah.
Tiba-tiba, bunyi dua das tembakan bergema di langit malam. Tersentak mereka berdua. Okita mendengus, mindanya menafsirkan bahawa orang yang melepaskan tembakan itu yang menembak Kondo! Dia segera bangkit, namun, Kyoko menahannya.
" Awak nak ke mana? Itu hanya perangkap!", ujar Kyoko sambil menarik lengan yukata Okita. Okita menolak Kyoko dengan kasar hingga menyebabkan gadis itu terhantuk pada dinding kamar! Pandangan Kyoko kian pudar...dia menghalakan tangannya ke arah Okita yang kian hilang dari pandangan mata....
" Jangan...lakukannya....Okita", dia pengsan.
YOU ARE READING
~19 Julai 1868~
FanfictionKali ni aku nak kongsi sikit sejarah Jepun dengan korang sume (yang rajin bacalah)! jadi, aku ambil satu part dari anime Hakuouki: hekketsuroku (Chapter 6 part 2) dan jadikan FAN FICTION!! Bab di mana Okita Souji menemui ajal dengan diubahsuai denga...