Tatkala Fajar Menyingsing, Engkau berderu pergi...

598 6 9
                                    

                                  Tatkala Fajar Menyingsing, Engkau berderu pergi...

                Tercungap-cungap Okita sambil berpaut pada katananya yang menumpul terpacak di tanah selepas menyelesaikan segerombolan ronin itu.

                " Okita-san...", matanya cekung itu dilemparkan ke arah Kyoko yang menghulurkan tangan, sambil tersenyum. Senyuman perawan itu dibalas. Kemudian, Kyoko memapah tubuh lemah Okita.

                " Jangan risau...kita akan bertemu Matsumoto-sensei sekarang juga, silalah bertahan", pinta Kyoko tercungap-cungap. Mungkin kepenatan selepas berdepan dengan sekumpulan 'penyangak' yang tak kurang hebatnya! Okita tak membantah, malah hanya mengukirkan senyuman agar sejuk hati gadis yang sudi membantunya itu. Dia menjeling ke wajah Kyoko.

                Kenapa? Kyoko sanggup membantu aku? Kyoko sanggup berada di sisiku tak kira apa berlaku. Semenjak aku didapati menghidapi penyakit T.B ini...dia tak pernah berjauhan, malah dia yang menyediakan segala keperluanku. Siapa dia pada aku? Dan...siapa aku pada dia? Kami bertemu beberapa tahun lalu, sebulan sebelum bertemu Yukimura Chizuru. Dia berperwatakan kasar dan seorang yang tabah. Pernah beberapa kali dia turun berperang menentang musuh bersama kami, menghunuskan katana berhulu merah muda itu. Malah, Kyoko merupakan gadis berasal dari Puak Oni, sama seperti Chizuru. Oni ialah puak raksasa yang mempunyai keupayaan dan penyembuhan luar biasa dari manusia normal juga, inspirasi kepada penghasilan Ochimizu. Jika mereka berubah ke wajah asal mereka, rambut mereka akan berwarna putih sama seperti Rasetsu. cuba mereka akan tumbuh tanduk serta anak mata mereka berwarna emas ( anak mata Kyoko berubah merah, mungkin kerana dia dari Puak Oni berbeza dari Chizuru).

                 Tiba-tiba, Kyoko batuk keras, mematikan lamunan Okita. Kyoko tersentak! Mulutnya ditakup segera. Titisan darah jatuh ke tanah. Okita terkejut,lantas pandangannya dialih pada wajah Kyoko. Pabila Kyoko mengalihkan tangannya, terdapat tompok darah yang banyak pada telapak tangannya yang sederhana itu. Lagi sekali, Okita terperanjat, matanya terbeliak melihat tompokan darah itu, dia memandang Kyoko yang termengah itu.

                 " Kyoko...jangan-jangan...awak...", Kyoko tersenyum, dia terkekeh. Wajahnya berubah pucat, matanya cekung, dia termengah, pandangan sayu tanpa kekesalan itu dilemparkan pada Okita yang sudah berkeut dahi.

                 " Tubuh saya tak mampu nak melawan Tuberkulosis...."

                 " Saya akan mati bila-bila saja...dan saya akur!" jawabnya, senyuman dilempar ke wajah Okita yang berasa serba bersalah. Okita mengetap giginya, lalu satu dakapan diberikan pada gadis itu! Kyoko tergamam.

                 " Saya tak menyedarinya....awak berjangkit dari saya...berapa lama awak bertahan selama ini?", rintih Okita, suaranya serak basah. Pelukannya itu kian erat. Kyoko tersenyum, dia mengelengkan kepalanya.

                " Bukan salah awak, kelak saya pasti akan mati jua..." jawab Kyoko tanpa ketakutan dalam suaranya. Dia cuba menenangkan Okita, agar dia tidak rasa bersalah. Walaupun begitu, Okita tetap tidak tenteram. 

                                           Masanya dah tiba.....

                Tubuh Okita kian pucat, memutih, perlahan-lahan, tubuhnya hancur....menjadi debu yang ditiup bayu fajar. Kyoko terkejut.

                 " Okita..."

                "Terima kasih..." Kyoko terdiam.

                "Terima kasih, kerana mengambil berat tentang saya...", dakapannya kian erat....

                "Terima kasih, kerana sudi menjadi sebahagian hidup saya...", suaranya kian lemah...

                "Terima kasih....kerana sudi mencintai saya...", bibirnya berkumit di telinga Kyoko....

                "...dan..."

                "Terima kasih kerana...sudi menemani saya hingga ke akhirnya....", kini,,,seluruh tubuhnya berubah menjadi debu dan dihembus angin, Okita 'pergi' berlatarkan fajar menyingsing di ufuk timur. Apa yang tinggal, hanya debu-debu yang masih di dalam genggaman Kyoko.

                Tiupan bayu lembut menampar pipi perawan sunti yang kaku menyaksikan matahari terbit di balik gunung-ganang. Dia dimandikan cahaya matahari. rambutnya berterbangan ditiup bayu, air matanya mengalir deras secara melintang. Membiarkan dirinya diulit segala memorinya bersama Okita Souji suatu ketika dahulu....

               " Jika Rasetsu terlebih guna kuasa mereka, jasad dan roh mereka menghilang, dan apabila sampai masanya, mereka akan bertukar menjadi debu....", terngia-ngia suara Saito Hajime memberitahunya pada beberapa bulan dahulu. Kyoko melirikkan senyuman.

               " 19 Julai( 30 Mei kalendar bulan)...1868...."

               "...engkau 'pergi' dengan aman..."

               "...Okita Souji Fujiwara no Kaneyoshi....", air matanya yang menitis terbang dibawa bayu lembut.

~19 Julai 1868~Where stories live. Discover now