Tubuh yang dimamah maut
" Awak menghidapi penyakit Tuberkulosis.", Okita Souji tergamam. 'Apa? Tuberkulosis??' ulangnya dalam hati. Dia menghela nafas dan tergelak kecil.
" Oh...jadi benarlah...", gelaknya, sambil mendengus.
" Awak tak terkejut?", hairan Dr. Matsumoto Ryoujun. Terangkat kening kanannya. Okita melemparkan pandangannya ke arah doktor yang terpacak di belakangnya itu.
" Inikan badan saya, sudah tentu saya sedar sesuatu yang pelik tentang tubuh saya...", jawabnya acuh tak acuh. Menganggap penyakit itu sesuatu yang remeh.
" Saya patut dengar cakap doktor! " gelaknya lagi. Berkerut dahi Dr. Matsumoto mendengar gelak tawa Okita yang tak serius. Dia sedia maklum memang itu perangai lelaki yang berdiri di hadapannya itu; suka bergurau tak tentu pasal.
" Jangan nak bergurau! Saya rasa elok awak berhenti saja dari Shin..."
" Berhenti dari Shinsengumi?? Mustahil!", celanya sebelum sempat Dr. Matsumoto menghabiskan kata-katanya. Terperanjat Dr. Matsumoto sebaik mendengar keputusan Okita Souji.
" Tapi...",
" Tak kesahlah, saya hidup lama ataupun tidak. Ia bukan ukuran. Tetapi, ada sesuatu yang ingin saya lakukan dalam Shinsengumi , dan suatu hari nanti saya akan mati jua, tak kira kerana penyakit ni, mahupun terbunuh!", bidasnya dengan selamba. Langsung Dr. Matsumoto kehilangan kata-kata untuk menentang seorang samurai yang berpegang teguh kepada Bushido-nya. Dia menghela nafas berat.
" Kalau dah itu keputusan awak, saya tak mampu nak halang...", keluh Dr. Matsumoto.
"Tapi, awak perlu ikut arahan saya dari semasa ke semasa!", perintah Dr. Matsumoto. Okita dengan pandangan sayu itu hanya bersetuju dengan arahan Dr. Matsumoto. Walaupun dengan apa yang keluar dari mulutnya tadi, tapi sebenarnya dari sudut hatinya jua terkumit sedikit kegusaran dan kurang menerima kenyataan. Adakah aku akan mati muda? Hanya itu yang ligat dibenak kepalanya semenjak tadi.
" Ohya...sensei!", terbantut langkah Dr. Matsumoto apabila ditegur semula oleh Kapten Divisyen Pertama Shinsengumi itu.
" Tolong rahsiakan dari mereka, termasuk Kondo-san...Ini janji kita...", pinta Okita dengan senyuman. Tapi...dari sudut hatinya terdengar rintihan seorang lelaki sejati yang takkan pernah didengari oleh sesiapa....
YOU ARE READING
~19 Julai 1868~
FanfictionKali ni aku nak kongsi sikit sejarah Jepun dengan korang sume (yang rajin bacalah)! jadi, aku ambil satu part dari anime Hakuouki: hekketsuroku (Chapter 6 part 2) dan jadikan FAN FICTION!! Bab di mana Okita Souji menemui ajal dengan diubahsuai denga...