Keangkuhan Seorang Pewira!

565 6 1
                                    

                                                     Keangkuhan Seorang Pewira!

               Tidak jauh dari pekan di mana tempat persembunyian Hijikata Toshizou. Segerombolan lelaki yang berniat untuk membunuh Hijikata melakukan persiapan terakhir sebelum bergerak ke pekan tersebut. Ada yang menyediakan peluru di dalam senjata api, ada yang membetulkan tocang, malah ada yang memeriksa ketajaman katana mereka.

              Di sebalik belukar dan pohon tak jauh dari tempat mereka, Okita Souji yang semenjak tadi mengekori mereka bersembunyi sambil memerhatikan setiap gerak-geri mereka. Tangan kirinya erat memegang hulu katananya. Dia merenung lama pedangnya itu.

               Dia terbatuk, tangan kanannya ditakup ke mulut, dia menyedari sesuatu keluar dari anak tekaknya. Lantas, dimuntahkannya!

               Dia tergamam...melihat darah yang banyak membanjiri tanah di hadapan matanya. Darah yang dimuntahkannya tadi! Seketika kemudian, dia menyeringai, pipinya yang bercalit darah itu dikesat, dia bangkit.

                "Haha...aku dah sampai di penghujungnya...", gelaknya sambil mendongak ke langit. Bintang menghiasi langit, ianya indah. Dia terleka seketika merenung keindahan angkasa yang dibanjiri bintang luas terbentang di atasnya. Memikirkan mungkin ini kali terakhir dia dapat melihat langit dan bintang.

                 " Selepas, Kondo-sama menyerah diri dengan Kerajaan Baru (Meiji), dia telah menyerahkan semua tanggungjawabnya kepada Hijikata-san...", dia mula bermonolog sendiri.

                " Ini bermakna....Hijikata-san ialah komander Shinsengumi sekarang, dan aku perlu lindungi dirinya tak kira apa berlaku! ", tekad Okita, kali ini, anak matanya menunjukkan semangat berkobar-kobarnya!

                                                       *****************

               Gerombolan ronin yang berniat ingin membunuh Hijikata memulakan misi mereka. Semasa dalam perjalanan, mereka bertembung dengan seorang lelaki berpakaian barat dengan sebilah pedang katana berhulu merah yang diikat pada telapak tangan kanannya itu yang menghalang perjalanan mereka.

               " Hei! Berambus engkau! ", arah salah seorang lelaki dari gerombolan ronin yang kemungkinan besar ketua mereka itu. Lelaki berpakaian barat itu tidak berganjak, malah langsung tidak tergugat dengan ugutannya. Dia mendengus, lalu memberikan isyarat kepada konco-konco bersenjata apinya. Muncul dua orang lelaki dengan setiap mereka terdapat selaras senapang.

                          DUSH! DUSH! Dua das tembakan bergema.

                Satu tembakan mengenai bahu kiri dan satu lagi mengenai kaki lelaki berpakaian barat itu. Lantas, dia terjelepok, namun, dia berkeras untuk bangkit meskipun kakinya berlumuran darah.

                " CIS! Bunuh lelaki itu!! ", langsung, konco-konconya menghunuskan pedang katana yang tersisip di pinggang mereka lalu menyerbu ke arah lelaki yang cedera itu. Tak sampai seminit....ronin-ronin yang menyerangnya itu tumpas dan rebah ke bumi! Yang tinggal hanyalah dia yang berlumuran darah berdiri di tengah timbunan mayat itu!

                 Terperanjat mereka yang merupakan 'saki-baki' yang tidak menyerang dirinya. Melihat dia yang masih gah berdiri dengan kecederaan yang serius...Ah! Mungkin mereka terkejut melihat rambut dia yang berubah dari coklat gelap ke putih dan matanya yang berwarna merah menyala seperti mata haiwan yang memburu di malam hari apabila mata mereka disuluh.

                 " S...Siapa kau?" gugup lelaki yang merupakan ketua mereka itu. Lelaki yang berambut putih itu memberikan jelingan tajam dengan mata merah menyalanya. Wajahnya yang runduk tadi di angkat. Awan yang menutupi purnama berarak pergi, kini tampak jelas wajah lelaki tersebut di bawah sinaran bulan purnama.

                 " Kapten Divisyen Pertama Shinsengumi, Okita Souji!", jawabnya penuh angkuh walaupun darah mengalir di bahu dan pahanya!

                 " Sekarang...TERIMALAH AJAL KAMU!! ", Lantas, Okita meluru ke arah mereka tanpa keraguan mahupun kesakitan!!

~19 Julai 1868~Where stories live. Discover now