7✨

15 4 2
                                    

Pagi ini sekolah mengadakan aktiviti berkumpulan seperti dalam rancangan Running Man. (Author habaq awal-awal author memang tak tahu bab-bab ni. Hentam ja okey). Setiap kumpulan akan diberi petunjuk. Tugas setiap kumpulan ialah menemukan guru yang akan bersembunyi di satu ruang atau bilik. Satu kumpulan mempunyai tiga orang ahli.

LIYA POV>

"Nasib kita tiga berkumpulan" kata Miera. "Korang patut berterima kasih dekat aku tahu, sebab aku pujuk rayu cikgu sampai keluar air mata aku" kata Aiz berdrama pula. "Yelah yalah. Terima kasih adikku Aiz" ucap aku sambil menepuk bahunya. "Bila nak mula ni? Drama nanti nanti pula ya. Karang kumpulan kita kalah baru tahu" kata Miera.

Petunjuk terakhir kami ialah di bilik sains yang jarang cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar guna. Kami bertiga menuju ke bilik sains tersebut. Bilik tersebut pintunya berkunci. Kami mencari petunjuk yang lain. "Eh kejap kejap. Aku rasa kertas ni macam berat lah" kata Aiz sambil menggoncangkan kertas tersebut. Aiz terus mengoyak kertas itu. Terdapat kunci di dalamnya. "Ceh kunci dalam ni rupanya. Puas kita pusing satu sekolah. Apa la nasib cikgu yang kena kurung tu" kata Miera. Lalu kami menuju semula ke bilik sains tersebut. Aku membuka mangga kunci tersebut lalu menolak pintu bilik agar terbuka.

"Fuyyo jodoh siapalah dalam ni" kata Liya sedikit kuat. "Woii agak-agaklah!" jerit Aiz sambil mencubit manja tangan Liya. Cikgu Yad hanya sengih. "Sorry cikgu sebab lambat" kata Miera. "Eh tak apa" kata Cikgu Yad. Lalu kami keluar bersama-sama. "Yow Yad" panggil seseorang. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Am.

END POV>

"Kau baru keluar ke?" tanya aku. "Haah. Kau?". "Sama lah". Selepas itu aku berdehem. "Miera, Aiz tolong cikgu boleh tak?" tanya Yad. "Boleh". Mereka pun pergi mengikuti Yad. Liya pula yang mahu melangkah pergi terus saja aku memijak tali kasutnya yang terbuka. Dia yang seakan-akan mahu terjatuh pantas saja aku menarik lengan bajunya. "Tangan ada buat apa?" tanya aku dengan nada berbisik. Liya hanya menunduk. Aku nampak pipinya merah. "Ish cikgu ni, nasib saya tak jatuh" protesnya. "Saya gurau je" kata aku Lalu pergi meninggalkannya.

Sesi perkhemahan telah tamat. Aku menuju Liya. "Ni awak balik siapa ambil?". "Nanti abang saya ambil". "Eh Liya, bukan ke kau cakap abang kau tak ada dekat sini?" tanya Aiz. Aku melihat Liya menepuk dahi lalu mencubit pinggang Aiz. Aku memandang ke arah Liya sambil mengecilkan mataku. "Bye Liya. Kita orang balik dulu. Have fun" kata Aiz dan Miera serentak sambil melambaikan tangan. "Get in my car now" kata aku dingin lalu meninggalkan Liya.

DI DALAM KERETA>

"Cikgu" panggil Liya. "Ermm". "Cikgu marah saya ke?". "Tak ada la. Saya happy je ni" jawab aku sambil memandu. "Saya minta maaf cikgu. Saya bukan nak menipu. Saya cuma tak nak menyusahkan cikgu". "Kalau saya tak hantar awak balik then awak nak balik jalan kaki? Ke awak tak selesa dengan saya? Kalau awak balik jalan kaki sorang-sorang, jadi apa-apa dekat awak macam mana? Tak fikir ke keselamatan diri tu. Awak tu perempuan Liya" dengan suara mendatar. Liya terdiam. "Saya cikgu awak. Saya yang bertanggungjawab atas keselamatan awak sebab saya yang hantar awak dan ambil awak ke perkhemahan tu. Kalau tak suka saya ambil dan hantar awak, cakap je la". "Sampai dah" sambung aku lagi. "Terima kasih cikgu. Hati hati memandu. Assalamualaikum." Selepas itu Liya turun dari kereta, aku terus memecut untuk pulang ke rumah tanpa melihatnya.

Aku merebahkan badan aku di atas katil. Aku berfikir sejenak. Aku ni betul-betul anggap dia sebagai pelajar atau lain? Dia. Dia anggap aku cikgu dia atau lebih? Tak mungkin juga kan? Aku menilik jam di dinding menunjukkan pukul 14:30 pm. Aku tidur sekejap pun sempat lagi ni.

Selepas solat Asar, aku mengambil fail pelajar yang berada di atas meja kerja. Aku membaca setiap butiran berkenaan anak muridku.

PAGI>

Aku memasuki kelas 5 Hayyan pada pagi ini. Aku mengajar seperti biasa sehingga kelas tamat. Aku membuka langkah untuk ke kelas seterusnya. "Cikgu" panggil seseorang. Aku menoleh kebelakang. "Liya. Kenapa?". "Terima kasig sebab bagi hadiah tu. Tapi macam mana cikgu tahu?" tanyanya. "Sayakan cikgu. Mestilah saya tahu" kata aku. "Baca noted dulu ya sebelum buka kotak tu" sambung aku lagi. Aku meneruskan langkah aku.

 Aku meneruskan langkah aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Flashback>

Aku terserempak dengan Miera pagi itu. "Miera." Miera menoleh memandang aku. "Ye cikgu". "Hari ni birthday Liya kan?". Miera mengangguk. "Nah. Tolong bagi dekat Liya boleh?" sambil menghulurkan kotak kecil.

End Flashback>
Rumah>

"Eh Am. Lambat kau balik harinim Kau ok tak? Aku tengok muka kau pucat je. Kau macam tak sihat je. Kau macam penat je". "Abis dah je kau tu? Aku ok je la. Biasalah kerja banyak dekat sekolah". "Esok kau cuti je la. Aku ganti kau. Nanti pengsan tak pasal-pasal jadi lain". "Mana boleh. Hari tu kan aku dah ambil cuti". "Haritu cuti emergency. Ni cuti sakit. Lain. Pokoknya besok lo nggak usah kirija ok. Tak ada alasan". "Ye la ye la. Nih secret admirer kau bagi" kata aku sambil menghulurkan satu bekal kecil. Yad mengambil bekal tersebut lalu membukanya. "Wow pavlova. I like it!" kata Yad dengan teruja. Aku hanya geleng kepala. Aku terus menaiki tangga untuk masuk ke bilik. Waktu Asar dah nak habis. Aku solat pun tak lagi ni.

LIYA POV>

Sebelum Liya membuka kotak kecil tersebut, dia ingat pesan Cikgu Am. 'Baca noted dulu ya sebelum buka kotak tu'. Aku membaca noted tersebut tertulis.

'Assalamualaikum. Liya. Saya minta maaf atas kejadian haritu. Saya tak terniat nak marah awak. Kotak kecil ni awak simpan dulu sampai saya bagitahu awak untuk buka. Harap awak boleh bersabar.'

Ayyo. Bila aku boleh buka ni? Pelik pelik cikgu ni. O_o

DI SEKOLAH>

"Liya petang ni, lepas habis sekolah saya nak jumpa awak sekejap boleh tak? Tapi awak sorang je" tanya Faiq. "Untuk apa?". "Ermm ada la. Datang tau. Saya tunggu dekat pondok depan makmal" kata Faiq sambil berjalan mengundur tanda ingin beredar. Macam macam la.

WAKTU PULANG>

"Ada apa awak nak jumpa saya?". "Saya nak tanya dekat awak satu soalan boleh?". "Tanya je la". "Awak single kan?". "Jangan cakap awak nak jumpa saya cuma nak tanya benda ni je". "Awak jawab la dulu. Susah betul awak nak jawab". "Kalau saya ada partner pun kenapa?". "Baik awak jujur. Siapa lelaki tu?". "Ok. Faiq. Macam ni la. Saya faham maksud awak tu. Tapi saya anggap awak sebagai kawan je. Tak lebih. Lagi pun saya ada orang yang saya suka. Awak pun apa kurangnya. Ada je yang suka dekat awak". "Siapa?". "Awak tahu siapa orang tu. Tapi awak pura pura tak tahu". Faiq terdiam. Aku mengambil langkah untuk pulang. "Liya tunggu." Liya menoleh memandang Faiq. "Saya nak tahu, siapa lelaki tu?". "Ada la" jawab aku.

Dari sudut lain."Nasib la Am tak datang harini. Kalau dia tengok ni mau kemurungan kawan aku tu."

MY LOVE IS MISS STUDENT [OG]Where stories live. Discover now