Hai korang😆✌️
<><<><><>><><><><><><><><><><><><><><><><><>Bangunan yang ditinggal lama aku dibawa masuk. Aku meronta, tapi apakan daya kudrat seorang perempuan berbanding kudrat seorang lelaki yang jauh lebih kuat. Aku dilemparkan begitu sahaja di atas lantai. 'shiut sakit'. Kau ingat aku bola ke shy ten. Nak lempar macam tu je. "Kau siapa ha?! Kau nak apa ha?!" jerit aku. "Ala garangnya dia. Aku cuma nak rasa kau je" jawab lelaki tersebut sambil memegang tanganku. Aku tepis. Lelaki tersebut bertindak terus merentap tudung aku lalu baling entah ke mana. Baru sahaja si penyangak ni nak memeluk aku, satu suara menjengah. "Woi!" Cikgu Amri terus menumbuk penyangak ni sampai lunyai. "Yad tolong ambil hoodie aku dalam kereta." pinta Cikgu Am. "Liya, awak ok tak? Ada cedera dekat mana-mana?" tanya Cikgu Am banyak risau. Bukan sikit risau dah. Aku hanya menggeleng sambil air mata tidak henti mengalir. Cikgu Yad kembali dengan hoodie yang Cikgu Am minta tadi lalu disarungkan ke aku. Rambutku dia tutup dengan kepala hoodie tersebut agar tidak kelihatan. "Yad, kau call polis." Cikgu Yad mengangguk lalu mengeluarkan telefonnya.
END POV>
Selepas semuanya selesai, aku menghantar Liya pulang ke rumah. Sesampai sahaja di depan pintu rumah Liya, aku mengetuk pintu utama. "Assalamualaikum." Pintu dibuka dari dalam. "Waalaikumussalam." jawab Shaf, abang kepada Liya. Shaf mengerling jam ditangannya lalu menepuk dahi. "Ya Allah. Liya, abang lupa". "Maaf, boleh saya jumpa Encik Hasnorzailani?" tanya aku sopan. Abang ipar ni. Eh. "Saya cikgu kepada Liya. Panggil Amri je". "Jemput masuk dulu. 5 minit lagi ayah kami balik" jawabnya. Liya sudah masuk ke biliknya.
"Assalamualaikum". "Waalaikumussalam. Ayah ni Amri nak jumpa ayah." Aku menyalam tangan ayah kepada Liya. Bapa mertua ni. Eh. "Anak ni siapa?" tanya Encik Hasnorzailani. "Saya cikgu kepada Liya. Panggil Amri je" jawab aku dengan penuh lemah lembut selembutnya. "Ada apa nak jumpa pakcik? Liya ada buat hal ke dekat sekolah?". "Eh tak pakcik. Saya ada benda nak bagitahu dengan pakcik. Sebelum tu saya nak bertanya. Selalunya siapa yang urus persekolahan Liya ya?". "Abangnya. Kenapa Amri?". "Saya harap apa yang saya nak bagitahu ni boleh dijadikan iktibar lepas ni. Kalau boleh lepas ni janganlah ambil Liya terlalu lambat atau biarkan dia pulang seorang diri. Saya harap perkara macam ni tak berlaku lagi" jelas aku. "Balik seorang diri? Shaf, kamu tak ambil adik kamu ke?" tanya Encik Hasnorzailani seperti gunung berapi akan meletus tak lama lagi. "Shaf terlupa ayah" jawabnya. "Senangnya kamu jawab. Apa yang berlaku Amri?".
"Sebenarnya tadi hampir berlaku perkara buruk ke atas Liya tapi nasib baik saya sempat selamatkan anak pakcik. Orang tersebut dah ditahan oleh pihak polis". "Dengar tu Shaf. Lepas ni kalau jadi apa-apa dekat adik kamu, siap kamu aku kejarkan!" tengking Encik Hasnorzailani sambil menunjuk-nunjuk ke arah Shaf.
"Kalau ada masalah kenderaan atau masalah lain, pakcik boleh minta tolong saya. Ni nombor telefon saya. Saya balik dulu ya pakcik" aku meminta diri untuk pulang. "Terima kasih ya Amri, pakcik minta maaf sangat sebab menyusahkan Amri". "Eh tak apa pakcik. Ini memang tanggungjawab saya. Saya balik dulu ya. Assalamualaikum."
Keesokannya,
"So sekarang kau ok tak?" tanya Miera cemas. Liya menceritakan kejadian semalam kepada Miera dan Aiz. "Aku ok la. Nasib baik Cikgu Amri dengan Cikgu Yad datang tepat pada masanya". "Wahh kiranya Cikgu Amri ni hero kau la kan. So sweet korang dua ni. Cepat- cepat la kawin ye" kata Aiz main lepas je. "Banyak la kau. Belajar dulu sampai habis" balas Liya. "Tu cikgu dah masuk" kata Miera.
Selang beberapa minggu,
"Liya, nanti kalau awak dah habis kelas tunggu dalam kereta saya tau. Saya lambat sikit kut sebab saya ada mesyuarat. Kunci kereta macam biasa dalam kotak kecil atas meja saya" kata aku. "Ok cikgu". Ya ayahnya meminta tolong aku kerana Shaf, abangnya sudah melanjutkan pelajarannya di Kuala Lumpur. Sekarang Liya tidak kekok dengan aku.
"Sorry lambat" kata aku setelah masuk ke dalam kereta. "Eh tak apa cikgu". "Boleh tak kita pergi makan dulu? Laparlah" kata aku dengan wajah comel sambil memegang perut. "Saya ikut je cikgu". Aku terus memandu untuk pergi ke kedai makan. Sesampai sahaja di kedai makan, kami memilih untuk duduk di bawah kipas. Sekarang cuaca amatlah panas ya. Malaysian so hot. "Awak nak makan apa?" tanya aku. "Saya nak nasi goreng pataya dengan teh o ais". "Nasi goreng pataya dua, teh o ais satu dengan milo ais satu. Itu je" kata aku kepada pelayan tersebut. "Cikgu, ayah saya bagitahu saya suruh bagitahu cikgu yang dia suruh cikgu singgah rumah sekejap nanti. Ayah saya nak jumpa cikgu sekejap katanya". "Ok. Ni SPM lagi 4 minggu. Ready dah ke?". "Dah. In syaa Allah" jawabnya.
Selepas makan, aku memandu untuk ke rumah Liya pula. "Assalamualaikum pakcik". Aku menyalam tangan Encik Hasnorzailani. "Duduklah dulu Amri. Pakcik nak bincang sikit dengan kamu. Liya, kamu masuk dalam." Liya pun masuk ke dalam biliknya. "Pakcik nak bincang apa dengan saya? Macam penting je" tanya aku.
YOU ARE READING
MY LOVE IS MISS STUDENT [OG]
RomanceAmri Mikhail, 22 tahun bekerja sebagai guru yang menjadi idaman ramai pelajar perempuan baru sahaja bertukar ke SMKDARY. Sejak itu dia mula jatuh hati dengan seorang gadis yang merupakan pelajarnya. Gadis itu telah menarik perhatiannya yang membuatk...