"Goodmorning Liya. Awal harini kau sampai" kata Aiz yang memang suka datang lebih awal ke sekolah. "Waalaikumussalam" perli Liya. Miera hanya gelak apabila Liya memerli Aiz. Aiz sudah muncung sedepa. "Alololo siannya dia. Gurau je la. Korang, I have a good news" kata Liya teruja. "Patutla harini datang awal betul. Terkejut aku. Rupanya ada gosip ek. Haa apa dia?" tanya Miera. "Sebenarnyakan.. aku.. aku..." Perangai Liya ni sama macam Amri. Helok la depa dua ni. Cepat cepatla membina masjid.
"Aku apa?" tanya Miera. "Ada orang melamar aku" kata Liya sambil memejamkan kedua matanya. "WHAT?!" jerit Aiz dan Miera serentak. "Weii korang jangan la jerit jerit. Kang orang kata tarzan mana pagi pagi dah menjerit ni" kata Liya sambil berusaha menutup mulut Aiz dan Miera. "Wei serius la. Kau prank kita orang je kan? Mana kamera? Aku nak tengok" kata Aiz sambil melihat sekeliling. "Aku serius" kata Liya. "Siapa orang tu?" tanya Miera. Tiba-tiba Cikgu Amri masuk ke dalam kelas bagi memulakan sesi pembelajaran seperti biasa. "Kalau korang nak tahu siapa laki tu, tengok la depan" kata Liya. Aiz dan Miera pun memandang ke hadapan seterusnya mata mereka membulat nasib baik tak tergolek bebola mata tu. Mereka berdua kembali memandang ke arah Liya.
Waktu rehat. "Weii serius la Liya, Cikgu Amri ke yang melamar kau?" tanya Miera bagai tak percaya. "Ye aku serius" kata Liya bagi meyakinkan mereka berdua. "Tapi bila?" tanya Aiz. "Ingat tak aku chat dalam group kita yang cikgu nak bawa aku keluar makan tu?" tanya Liya. Aiz dan Miera mengangguk. "Haa time tu la cikgu melamar aku." Aiz dan Miera meng'o'kan sambil mengangguk ngangguk kepala. Sampai sahaja di hadapan tandas perempuan yang jarang diguna oleh murid sekolah ni sebab jauh gila silap silap lemak boleh terbakar.
"Siapa melamar awak Liya?" tanya gerangan dari arah belakang. Mereka bertiga menoleh ke arah gerangan tersebut. Salam mana salam, ni main terjah je. "Faiq. Awak buat apa dekat sini?" tanya Liya. "Jawab saya Liya siapa yang melamar awak?!" Faiq meninggikan suaranya. "Wei Faiq rilek dah la yang kau nak tengking Liya pahal kau" kata Aiz. "Kau diam. Aku tak cakap dengan kau. Sekarang ni aku cakap dengan Liya. Kau Liya ke?!" Aiz tengah menahan sabar. "Cikgu Amri melamar dia so ada masalah ke?" tanya Aiz. "Jadi awak terima la?" tanya Faiq lagi. Liya mengangguk. "Heh. Perempuan semua sama. Dah menggatal nak kahwin ke?" Faiq mengeluarkan kata-kata tersebut tanpa berlapis. Secara automatiknya 5 jari hinggap di pipi kiri Faiq. "Mulut tu jaga sikit. Cakap tu berlapis jangan main keluar je. Kalau dah kena makan penyepak memang padan la. Use your brain Muhammad Faiq Izuddin!" Aiz dan Liya terkejut apabila melihat Miera semarah itu. Ini pertama kali mereka melihat Miera menampar orang dan menengking sebegitu. "Jom masuk kelas. Dah lambat ni" kata Miera lalu berjalan melanggar bahu Faiq. Liya hanya menunduk apabila lalu disebelah Faiq. Aiz yang lalu disebelah Faiq pula menunjukkan isyarat tangan 'good' sambil senyum sinis ke arahnya.
Waktu pulang. "Kenapa muka tu monyok je macam cokodok basi?" tanya aku. "Tak ada apa la. Saya ok ja. Mungkin penat kut" jawab Liya. "Awak, jangan lupa tau Ahad ni balik kampung saya." kata aku mengingatkan Liya. Bukan apa. Takut Liya lupa. "Ahad ni ke?" tanya Liya. "Ye la Ahad ni. Pasal ayah awak, jangan risau. Saya dah minta izin nak bawa anak perempuan dia sorang ni jumpa keluarga saya" kata aku. "Kita pergi balik hari ke macam mana?" tanya Liya. "Uish Melaka dengan Perak jauh tau. Mungkin dalam 3 hari macam tu. Boleh tak?" tanya aku. "Boleh je. Saya tak kisah. Saya ikut je" kata Liya dengan senyuman yang manis.
Skip> Ahad
"Semua dah bawa?" tanya aku sambil mengambil beg baju di tangannya. Liya hanya mengangguk. Selepas meletakkan beg baju Liya ke dalam bonet kereta, aku berjalan ke arah Encik Hasnorzailani. "Jaga anak pakcik tu elok-elok ya" katanya. "Baik pakcik. Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum" kata aku lalu menyalam tangan Encik Hasnorzailani. "Panggil ayah je la Amri. Tak payah nak pakcik pakcik dah." Aku hanya sengih. "Ok a.. aya.. ayah" kata aku gagap. Liya menyalam tangan ayahnya. Lalu kami bergerak untuk menuju ke destinasi yang dirancang.
"Awak kalau ngantuk tidur je la. Nanti dah sampai saya kejutkan awak. Jauh lagi perjalanan ni" kata aku yang melihat Liya tersengguk sengguk. Liya mengangguk lalu memejamkan matanya.
"Liya bangun dah sampai" panggil aku. Tiada gerak geri menandakan dia terjaga. Aku mengambil pen yang terletak di poket kerusi belakang. Aku menyucuk pen tersebut ke pipinya. "Liya bangun" panggil aku lagi sambil menyucuk pen tersebut ke pipinya. Aku mendekatkan muka ke arah telinganya. "Liya sayang bangun. Dah sampai sayang" kata aku dengan nada meleret dan lembut.
Susah juga nak bangun Liya ni. "Say..." belum sempat aku menghabiskan ayat aku, 5 jari hinggap di pipi kanan aku. Buat macam tampar nyamuk. Terkaku sekejap aku. Liya yang terjaga terus memandang aku. Jarak muka kami amatlah dekat. Cepat-cepat aku berdehem lalu menjauhkan muka aku dari mukanya. "Dah sampai. Jom la turun" kata aku sambil keluar dari perut kereta. Liya juga turut kelam kabut keluar dari kereta."Assalamualaikum. Mak" aku memberi salam terlebih dahulu. "Waalaikumussalam. Mak abang sampai dah dengan kakak ipar" laung Iera di pintu utama. "Waalaikumussalam Am" Aku menyalam tangan mak aku. "Ini la yang Am cakap tu? Lawa orangnya" kata mak aku. Liya menyalam tangan mak aku. "Makcik apa khabar? Sihat?" tanya Liya. "Apa panggil makcik. Panggil mak je tak apa. Mak macam ni la. Sihat saja" kata mak aku. "Meh la masuk dalam. Am kamu pergi angkat beg bawa masuk dalam" kata mak aku lalu menarik tangan Liya untuk masuk ke dalam rumah. Iera memandang aku sambil gelak. "Adik tak payah nak gelak sangat. Tolong abang angkat beg sekali" kata aku sambil menarik tangan Iera. Iera dengan pantas mencubit pinggang aku lalu secara automatik pegangan tangan terlepas. "Angkat la sendiri. Abang kan badang. Mesti kuat. Bye!" kata Iera lalu lari masuk ke dalam rumah. "Siap kau dik nanti abang kerjakan kau" kata aku pasrah. Nak tak nak kena angkat sorang la. Kau readers jangan nak gelak sangat.
YOU ARE READING
MY LOVE IS MISS STUDENT [OG]
RomanceAmri Mikhail, 22 tahun bekerja sebagai guru yang menjadi idaman ramai pelajar perempuan baru sahaja bertukar ke SMKDARY. Sejak itu dia mula jatuh hati dengan seorang gadis yang merupakan pelajarnya. Gadis itu telah menarik perhatiannya yang membuatk...