❝ Unethical Religious Practice | Human Sacrifice ❞
ㅤDesa Bezuch merupakan sebuah perkampungan terpencil yang menjalankan sebuah ritual ngeri pada setiap tahun ke kelima, bulan September. Para rakyat Bezuch akan dipilih untuk dijadikan korban namun...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Iris kecoklatan gelap milik seorang lelaki sedang leka menghayati pemandangan tasik semula jadi di hadapannya. Kim Namjoon sedang duduk bersendirian di bawah pohon tua sambil menghayati suasana yang disajikan di depan mata.
Kepalanya mendongak memandang dada langit yang terbentang luas. Cuaca pada hari itu sungguh indah sekali dengan langit biru yang berhiaskan awan putih, menghadirkan keindahan tidak terhingga.
Dia hanya membiarkan saja rambutnya yang hitam mengikut rentak angin dengan bebas. Dia merasakan perkara itu amat tenang dan tidak berasa rimas sama sekali. Meluangkan masa bersendirian di Tasik Bezuch merupakan hobinya.
Anak teruna kelahiran Desa Bezuch itu gemar berada di kawasan yang penuh dengan pohon-pohon menghijau kerana dia merupakan seorang Dendrophile. Istilah tersebut digunakan untuk individu yang mencintai pohon dan hutan.
Namjoon sering ke Tasik Bezuch untuk menenangkan fikiran. Kadang-kala, dia akan mencari idea untuk novel yang sedang dihasilkannya. Dia bukanlah seorang penulis tetap, tetapi sekadar untuk suka-suka.
Kadang-kala, Namjoon akan membayangkan diri sendiri sebagai watak di dalam novel yang ditulis. Walaupun usianya sudah mencecah 27 tahun, namun perkara itu bukanlah aneh untuk dilakukan.
Setiap manusia mempunyai cara yang tersendiri untuk menghilangkan stres. Berimaginasi merupakan cara bagi Namjoon untuk melepaskan segala bebanan yang terbuku di hati.
Dia akan membayangkan perkara yang tenang dan indah ketika mindanya sedang serabut. Ketika itu, segala masalah yang ditanggung seolah-olah hilang dengan sekelip mata.
"Hei, syoknya tidur." kedengaran satu suara menerpa ke gegendang telinganya.
Namjoon membuka kelopak mata yang sejak tadi dikatup rapat. Dia menoleh ke belakang untuk melihat wajah si pemanggil.
"Yeon." terluncur nama itu di bibir. Automatik, Namjoon mengukirkan senyuman lebar. Gembira melihat buah hati berada di depan mata.
Min Yeonha, atau nama samarannya Yeon melabuhkan punggung bersebelahan dengan Namjoon.
Namjoon sekadar memerhati gerak-geri kekasihnya dalam diam. Tanpa sedar, bibirnya mengukirkan sebuah senyuman. Perasaan cintanya kepada Yeonha begitu dalam sehingga setiap perkara kecil yang dilakukan oleh gadis itu berjaya menarik perhatiannya.
"I've been sitting here for half an hour. Saya ingat awak tak dapat datang?" soal Namjoon.
"Itulah, saya pun fikir macam tu tadi sebab ada banyak sangat arca yang kena siapkan. Tapi nasib baik aunty benarkan untuk tangguhkan yang mana tak sempat. Jadi, saya terus datang ke sini."
Pada awalnya, pasangan itu memang merancang untuk keluar bersama-sama ke tasik. Namun disebabkan Yeonha ada kerja yang perlu dilakukan, mereka terpaksa membatalkan hasrat. Akhirnya, Namjoon terpaksa pergi seorang diri.