Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Pada pagi ini, semua penganut Iremía bakal mengetahui siapakah yang bakal menjadi korban ritual. Semua warga Desa Bezuch telah berkumpul di dataran lapang bagi mendengar keputusan yang bakal diumumkan oleh Father sebentar saja lagi.
Golongan warga emas, ibu bapa, remaja bahkan kanak-kanak turut berada di situ. Masing-masing tidak mahu terlepas peluang daripada mendengar dengan telinga mereka sendiri siapakah gerangan yang bertuah itu.
Tetapi hanya seorang saja penduduk Desa Bezuch yang tidak menyertai bersama-sama di dataran lapang. Dia, Kim Namjoon. Hanya lelaki itu saja berada di rumah bersama bapanya yang terlantar sakit.
Namjoon tidak tahu sama ada bapanya mengetahui tentang keberadaannya di rumah atau tidak. Mungkin beliau menganggap anak terunanya sudah pun keluar ke dataran. Walhal Namjoon berada di dalam biliknya berseorangan.
Dia sengaja mahu mengasingkan diri. Berada di dataran bersama orang ramai hanya menambahkan lagi rasa gugup dalam dirinya.
Namjoon bergerak ke segenap ruang. Gementar. Itu saja yang boleh digambarkan bagaimana perasannya ketika ini. Manik-manik peluh sudah mula turun mencucuri permukaan dahi.
"Jangan risau, Joon. Masih ramai lagi anak teruna kat kampung ni. Aku yakin kau takkan terpilih." monolognya sendirian. Gigih Namjoon membisikkan kata-kata nasihat pada diri sendiri dengan harapan agar dirinya kekal positif.
Dia langsung tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi jika dirinya dijadikan korban ritual. Membayangkan saja sudah cukup membuatkan dia berasa takut.
Langkah kaki Namjoon yang sejak tadi mundar-mandir terhenti seketika saat telinganya menangkap bunyi seperti suara orang ramai di luar. Disebabkan rasa ingin tahu, dia menuju ke jendela.
Jantungnya bagaikan berhenti berdegup saat melihat puluhan jiran tetangga sedang menuju ke rumahnya. Mereka sedang melaungkan sesuatu yang tidak begitu jelas pada pendengaran Namjoon. Disebabkan itu, dia membuka sedikit jendela bagi mendengar dengan lebih jelas.
"Satu-satunya anak teruna kepada keluarga Kim telah terpilih oleh dewa!"
"Tahniah, Namjoon!"
Sungguh, pada waktu itu jantungnya bagai hendak tercabut apabila mendengar ayat yang dilaungkan oleh jiran-jirannya. Namjoon serta-merta berundur ke belakang. Kepalanya digelengkan tanda tidak percaya.
Adakah itu bermaksud dia terpilih dijadikan korban? Mustahil! Dia pasti tersalah dengar.
Bunyi ketukan pintu dari ruang tamu mematikan lamunannya yang sedang berdiri kaku dan masih berada dalam keadaan terkejut. Namjoon bergegas keluar daripada biliknya lalu menuju ke ruang tamu.
Buat seketika, dia teragak-agak untuk memulas tombol pintu di ruang tamu. Namun setelah dikumpulkan segala keberanian, Namjoon akhirnya membuka daun pintu.
YOU ARE READING
The Ritual.
Mystery / Thriller❝ Unethical Religious Practice | Human Sacrifice ❞ ㅤDesa Bezuch merupakan sebuah perkampungan terpencil yang menjalankan sebuah ritual ngeri pada setiap tahun ke kelima, bulan September. Para rakyat Bezuch akan dipilih untuk dijadikan korban namun...