"Joon, maafkan saya. Saya gagal jaga appa awak dengan baik. Saya minta maaf." berkali-kali Yeonha menuturkan kata-kata maaf. Air mata gadis itu mengalir laju membasahi pipi.
"Kenapa dengan appa saya, Yeon? Dia kat mana sekarang?" suara Namjoon kedengaran terdesak sekali. Dia cuma mahu tahu di mana keberadaan insan yang tersayang itu. Namun, melihat Yeonha yang tidak berhenti menangis membuatkan dia sudah tidak boleh menunggu lama lagi.
Akhirnya, dia memutuskan untuk masuk sahaja ke dalam rumah Yeonha kerana beranggapan bapanya berada di situ. Tetapi, pergerakkannya terhenti apabila dihalang oleh Yeonha. Teman wanitanya menarik hujung fabrik baju milik Namjoon dengan lemah. "Mari ikut saya ke dataran." ujar Yeonha perlahan. Tangisan di bibirnya sudah tidak kedengaran lagi.
"Kenapa kita perlu ke dataran pula? Saya nak jumpa-" kata-katanya terhenti apabila Yeonha tiba-tiba menaikkan suaranya. "Ikut saja saya sekarang!"
Itu membuatkan Namjoon terkelu. Dia tidak pernah melihat teman wanitanya menaikkan suara seperti itu. Sememangnya, apa yang telah terjadi? Baru sebentar tadi dia melihat gadis itu menangis dan sekarang Yeonha memarahinya pula.
Diteliti wajah teman wanitanya seketika. Raut wajah gadis itu seperti menunjukkan rasa sedih dan kesal. Kenapa gadis di hadapannya ini kelihatan begitu lain sekali? Apa yang telah terjadi?
Yeonha mengusap mukanya sambil mengeluh berat. "Maaf, Joon. Appa awak ada di sana. Ikut saya, ya?" kali ini Yeonha cuba memujuk Namjoon. Pandangannya kian lembut.
Walaupun Namjoon masih tidak faham dengan apa yang berlaku, dia hanya turuti sahaja. Ianya tidak masuk akal untuk bapanya berada di dataran kerana bapanya tidak boleh berjalan. Mungkin juga bapanya dibantu oleh orang kampung. Tetapi baru sebentar tadi Yeonha mengatakan bapanya sedang tenat. Jadi, mana satu yang benar?
"Joon." sedar tidak sedar, rupa-rupanya mereka telah sampai di dataran. Bebola mata Namjoon serta-merta meliar mencari figura bapanya.
Dunia seolah-olah berhenti sejenak saat matanya disajikan dengan situasi yang sukar digambarkan. Sungguh tak disangka bahawa perkara ini akan terjadi. Kelihatan bapanya terikat pada sebatang kayu dan sedang dibakar hidup-hidup.
Tubuh tua yang rapuh itu kelihatan penuh dengan luka-luka, kulitnya kian memerah dan semakin melecur. Remuk hati Namjoon melihat insan tersayang dilakukan sedemikian rupa. "Apa semua ni? Lepaskan dia!" percubaannya untuk berlari ke arah bapanya gagal apabila terdapat dua orang individu yang menahan dirinya.
"Lihatlah, Kim Namjoon. Ini adalah balasan untuk kamu kerana mengingkari arahan Dewa Rion!" teriakan suara Father memenuhi segenap dataran pada malam itu. Orang ramai yang sedang berkerumun, memberikan laluan kepada figura suci itu untuk berjalan ke arah Namjoon.
"Apa yang kamu dah lakukan, Namjoon?" suara lelaki itu kedengaran melembut. Namjoon sungguh jelik dengan sikap kepura-puraan lelaki tua itu. Menyorok di sebalik topeng, membuatkan semua orang percaya dan turuti sahaja kehendaknya.
YOU ARE READING
The Ritual.
Mystery / Thriller❝ Unethical Religious Practice | Human Sacrifice ❞ ㅤDesa Bezuch merupakan sebuah perkampungan terpencil yang menjalankan sebuah ritual ngeri pada setiap tahun ke kelima, bulan September. Para rakyat Bezuch akan dipilih untuk dijadikan korban namun...